Ianya satu malam yang pastinya tidak akan dilupakan peminat Liverpool di seluruh dunia. Malam di Kiev bermula tragedi apabila pemain No.1 Liverpool, Mohamed Salah terpaksa dikeluarkan selepas cedera akibat foul yang dibuat Sergio Ramos.

Salah injures his shoulder and leaves the game. Was this a dirty play by Ramos? #GodBlessMomo #PrayersUp #TSH

Posted by The Sports Hub on Saturday, May 26, 2018

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, selepas tiadanya Salah di dalam padang, Liverpool umpama kehilangan rentak dan luka ini ditambah lagi dengan aksi ‘hebat’ penjaga gol Liverpool, Loris Karius. Beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gol pertama dan ketiga Real Madrid.

Tamat sahaja perlawanan, akaun Instagram milik Loris Karius dihujani kecaman daripada peminat Liverpool seluruh dunia dan artis antarabangsa turut sama menyatakan rasa tidak puas hati dengan persembahan Karius ketika perlawanan akhir ini.

Eyes on the prize…🏆 #6daystogo

A post shared by LORIS KARIUS (@lorisk21) on

Gambar yang dimuat naik 6 hari lalu dengan caption “Eyes on the prize” ini nyata membawa padah kepada Karius dan untuk gambar ini sahaja dihujani lebih 90,000 komen. Aktress Mia K juga nampaknya turut menulis komen di gambar ini dan mendapat hampir 10,000 likes.

Namun kata-kata semangat turut diberikan oleh rakan Karius antaranya daripada Mario Balotelli. Masa depan Karius di Liverpool kini nampaknya semakin samar dan mungkin Jurgen Klopp akan mencari penjaga gol yang baharu untuk Liverpool musim hadapan.

Tahniah kepada Real Madrid kerana mencatat sejarah menjuarai Liga Juara-Juara 3 kali berturut-turut. Gol gunting Gareth Bale memang sesuatu yang sangat hebat; mengingatkan kami dengan gol Zinedine Zidane suatu ketika dahulu.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group