Siapa sini peminat nasi kerabu? Makanan yang terkenal di Kelantan ini semestinya memiliki peminatnya tersendiri dan boleh dikatakan ia turut dijual di seluruh Malaysia.
Terbaharu, pengguna Twitter @seposenYS telah berkongsi video TikTok dimana memaparkan harga nasi kerabu yang dibeli seorang lelaki di Kelantan yang murah berbanding di tempat lain.
The reason why aku suka kelantan. Lauk macam ni rm9.90. Kalau terengganu ni dah lebih rm10 ππ pic.twitter.com/bozolipeX2
— SEPOSEN (@seposenYS) August 18, 2021
Menerusi video tersebut, dapat dilihat nasi kerabu bersama enam jenis lauk iaitu ayam, daging, ikan, solok, telur dan bawang hanya berharga RM9.90 sahaja. Hal ini membuatkan lelaki dalam video tersebut terkejut kerana harganya yang murah dan berbaloi.
Lantaran itu, pengguna Twitter tersebut mengatakan harga makanan yang murah di Kelantan menjadi sebab dirinya suka Kelantan. Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen bersetuju bahawa harga makanan di Kelantan memang jauh lebih murah.
Rindu kelantan oiiii.. The foods are heaven on earth https://t.co/uqw2HTcTaj
— Padil (@itsmepadil) August 18, 2021
ππ so cheap! https://t.co/14B7LphqX2
— β· ππ§‘ππ΄ (@nov_joonie) August 18, 2021
Terengganu mmg tak dapat lerr harga macam ni. Lagi2 area kerteh haha lauk ayam je pun dah rm 6.50 belum tambah benda lain lagi π₯²
— ππ²ππͺ (@aidaasykrh) August 18, 2021
Ya aku setuju. Aku kalau balik Kelantan memang akan hunting food lah. Pernah sekali biras aku bawak pusing area Kota Bharu layan makan dari pagi sampai ke tengah malam.π π π
— I.AM.WAN (@derwannn) August 18, 2021
Malah, ada juga netizen yang membandingkan harga di tempat lain dimana mungkin berharga lebih RM15 jika mengambil 6 lauk seperti itu. Bukan itu sahaja, Β para netizen turut menzahirkan rasa rindu mahu berkunjung ke Kelantan dan nikmati aneka makanan di sana.
Tahukah anda, sebenarnya Kelantan bukanlah syurga makanan? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
17 Jam Ke Negeri Che Siti Wan Kembang, Kelantan Sebenarnya Bukanlah Syurga Makanan
5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota