Selalunya bila travel yang dikongsikan adalah kenangan manis sepanjang pengembaraan. Jika ada yang lari dari perancangan asal pun, ianya tidaklah sehingga menjejaskan keseluruhan percutian.

Tapi lain pula yang telah terjadi kepada Saiful Bahari dan 4 lagi rakan beliau yang telah ke Vietnam pada bulan lepas.

31999920281_50440647e3_b
HYPE
‘Barbie & Hot Wheels’ Tarikan Terbaharu Di Lost World of Tambun
Baca lagi →

Rancangan awal 5 pemuda ini adalah travel selama 1 minggu di Vietnam iaitu pada 22 Feb – 26 Feb 2016.

Kami sampai di Vietnam pada jam 9 pagi, 22 Feb 2016. Kami berjalan cari hotel dan check in pada jam 11 pagi di Ava Two. Lepas rehat 2 jam kami keluar cari barang dan jalan-jalan hingga ke malam.

Menurut Saiful di sinilah segala huru-hara bermula. Kerana kepenatan, mereka telah menahan teksi dan meminta dihantarkan ke hotel. Namun nasib mereka tidak baik kerana telah diculik, disamun dan diugut bunuh. Berikut kronologi yang telah berlaku:

Kronologi kes

Pada 22 Feb 2016 jam 10 malam saya dan rakan hendak pulang ke hotel. Kami menaiki teksi dan pemandu tersebut telah menculik kami dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Di sana telah menunggu 6 orang warga Vietnam untuk menyamun dan merompak kami.

Kami telah dipegang dan dibawa ke satu bangunan 4 tingkat. Kami ditempatkan di 1 bilik. Mereka telah menyelongkar beg, wallet dan badan untuk mendapatkan barang berharga seperti duit, handphone dan jam kami.

Semasa kejadian kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana diacu pistol dan pisau. Selepas itu, mereka mengugut untuk membunuh kami setelah diberitahu kami student (antara helah yang kami cuba untuk dapatkan simpati mereka meskipun kami sebenarnya dah bekerja).

Kami dimasukkan ke dalam kenderaan iaitu teksi yang menyamar untuk dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Apabila diminta untuk diturunkan,  pemandu tersebut berkeras untuk tidak menurunkan kami. Malahan kami telah dimarahi. Takdir menyebelahi apabila kenderaan hadapan telah berhenti dan kami dapat melarikan diri.

Baca: 19 Tips Elak Kecurian Dan Kehilangan Duit Serta Barang Penting Semasa Travel

Masa dikejar tu kami berjaya sampai di hotel dan menyorok. Kami juga cari jalan untuk inform sesiapa yang dipercayai. Masa tu duit, handphone semua dah tak ada. Tapi nasib masih menyebelahi kami. Rezeki kawan saya sorang ni, handphone dia selamat jadi dari situ kami berhubung dengan keluarga di Malaysia.

Semasa di hotel keadaan kami tidak terkawal kerana terlalu takut dan trauma. Reception hotel bertanya sebab kami minta passport yang dipegang oleh pihak hotel tapi kami terlalu takut hingga tak boleh nak percayakan sesiapa lagi walaupun kami cuba bertenang.

Kami diburu hingga ke hotel sehingga jam 1 pagi pada 23 Feb 2016. Sewaktu menyorok dalam bilik kami dengar mereka naik ke loteng di atas bilik kami. Pada waktu itu lah kami senyap-senyap keluar dari bilik dan terus ke lobby. Pada asalnya nak minta hotel dapatkan teksi untuk kami tapi gerak-geri dan penampilan receptionist di hotel buat kami curiga.

Baca: Lelaki Ini Berkongsi Saat-Saat Genting Dirompak Sewaktu Travel Di Afrika Selatan

Kami nekad tahan teksi di luar hotel dan dapat lepaskan diri hingga ke airport. Masa dalam teksi kami berkira, jika driver teksi angkat sebarang panggilan telefon kami akan buka pintu teksi dan terjun lari keluar selamatkan diri.

Pada masa tu, duit yang tinggal hanyalah 350 ribu Dong, milik salah seorang kawan kami. Nasib dia ada keluarkan duit dan simpan dalam beg baju di hotel. Itu je duit yang ada. Tambang teksi 200 ribu Dong.  Malah jika tambang teksi tak cukup, kami nekad nak pinjam dengan mana-mana orang Malaysia yang kami jumpa di airport saja.

Setiba di airport, kami minta kenalan kami di Malaysia belikan tiket flight balik pada hari itu juga dan kami dapat flight pada jam 9 pagi.

Pesanan saya berhati-hatilah semasa di negara orang. Jika ke sana untuk menjaga keselamatan berurusanlah dengan orang hotel atau travel agency kalau ke tempat jauh. Kalau tempat dekat-dekat jalanlah kaki walaupun penat.

diculik-di-vietnam-1

Gambar dengan kawan-kawan di airport Vietnam pada hari saya sampai. Ini saja gambar yang ada.

Mengakhiri perbualan saya sempat bertanya kepada Saiful adakah beliau serik untuk travel selepas apa yang telah terjadi? Jawab Saiful tentulah tak serik. Malahan ini merupakan satu pengalaman berharga buat beliau dan rakan-rakan. Tiada gambar yang dapat dikongsikan oleh Saiful kerana semuanya berada dalam handphone beliau yang telah dicuri.

Baca lagi: Kronologi 3 Backpacker Malaysia Ditipu Di Lombok

Anda Mungkin Suka