Bagi seorang pengembara, meneroka sesuatu yang baru tentunya perkara yang menyeronokkan, mengharapkan cerita cerita indah untuk dibawa pulang, itulah yang selalu saya fikirkan. Tapi itu semua mengubah cara saya berfikir selepas bertemu dengan lelaki ini.

Zainal Bin Ahmad atau sinonim dengan panggilan ZBA sudah menjelajah lebih daripada 100 buah negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru baru ini saya berpeluang bertemu dengan beliau, sangat terinspirasi! Banyak juga tips panduan dan pengalaman yang beliau kongsikan kepada saya.

Di antara topik menarik untuk saya ketengahkan adalah berkaitan keselamatan ketika mengembara ke luar negara.

Seringkali saya di tegaskan supaya setiasa berwaspada dan mengambil berat soal keselamatan terutama ketika berada di luar negara.

Tiada tempat yang boleh menjamin keselamatan! Ini adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri dirompak dan hampir meragut nyawa di bumi Afrika Selatan.

Tujuan perkongsian ini bukanlah untuk menakutkan mana mana pihak , tetapi sebagai rujukan penting yang boleh dijadikan pengajaran dan peringatan khasnya kepada rakyat Malaysia yang teringin untuk mengembara ke Arika Selatan.

Ini adalah terbitan semula secara ringkas tentang peristiwa beliau dirompak di bumi Afrika Selatan seperti yang telah dikongsikan kepada saya.

Kronologi Peristiwa Hitam Di Afrika Selatan

Perlu dimaklumkan bahawa kunjungan aku kali ini mungkin sedikit terencat kerana kesan daripada Virus Ebola yang melanda Afrika Barat sekarang. Walau bagaimana pun aku berada di selatan merangkumi Singapura, Thailand, Ethopia, Afrika Selatan, Namibia, Zambia, Zimbabwe, Botswana, Mozambique, Swaziland dan Loseto.

Satu lingkungan yang merangkumi perjalanan selama 32 hari. Semua negara tersebut ialah negara-negara Commonwelth (kecuali Thailand, ia bukan negara Commonwealth) yang tidak memerlukan visa untuk rakyat Malaysia kecuali Mozambique.

Visa ke Mozambique berharga USD90 dan boleh didapati secara VOA di pintu-pintu masuk lapangan terbang sahaja. Tidak seperti dulu VOA boleh didapati dimana-mana jalan darat.

Implimentasi prosidur ini hanya berkuatkuasa pada pertengahan tahun 2014. Oleh yang demikian sesiapa yang berhajat untuk mengunjungi Mozambique wajib mendapatkan visa terlebih dahulu sebelum ke sana.

bercuti-di-afrika-2
Peristiwa hitam 6 September 2014. Aku hampir-hampir menemui maut.

Awal pagi dengan harapan kami berkesempatan untuk merayap seluruh Johannesburg dan merupakan hari kedua terakhir sebelum terbang ke Addis Ababa.

Aku menaiki Metrorail yang boleh dikatakan 100 peratus penumpang berkulit hitam yang penuh sesak dengan berbagai ragam kehidupan.

Sepanjang perjalanan ke Rhodefield Station aku dan kawan bergurau senda seperti biasa seolah-olah tiada apa yang bakal menimpa kami selepas ini.

Bermula di dalam Metrorail aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena.Aku lihat hari ini penumpang terlampau ramai di dalam metrorail, tetapi kami sempat juga mendapatkan tempat duduk bersebelahan.

Diperhatikan ada saja penumpang memerhatikan kami dengan gelagat masing-masing sama ada lelaki atau wanita. Bagi mereka kami berdua sememangnya amat asing dari segi warna kulit dan rupa paras jika dibandingkan dengan mereka yang berbadan besar dan berkulit hitam metalik.

Ketika sampai di Park Station, Johannesburg…

Seorang lelaki berkulit hitam menghampiri aku dan memaklumkan “your friend with red jacket go there” sambil menunjukan arah keluar stesen.

Aku sengaja membuat tidak faham kerana demi keselamatan, kami sudah berpesan-pesan sesama sendiri sebelumnya.

Kami terus merayap. Kali ini menggunakan perkhidmatan ‘Bus Ways’ untuk pusing keliling Johannesburg. Dari satu tempat ke satu tempat dengan kamera mini tersimpan di dalam poket.

Disebabkan beberapa peristiwa yang berlaku sebelum ini, aku selalu berwaspada dan beringat setiap kali semasa dalam perjalanan. Akhirnya setelah puas merayap, aku kembali semula ke Park Station untuk makan tengahari.

Jam 2pm, demi kerana keenakan briyani Pakistani, aku dan kawan mengunjungi restoran Pakistani yang kebetulan di sana ada sebuah masjid untuk kami menunaikan solat.

Restoran ini terletak 200 meter di luar Park Station. Di persekitaran ini sangat ramai peniaga jalanan dan kedai-kedai perniagaan orang-orang kulit berwarna. Pada lojiknya kawasan ini masih selamat untuk dikunjungi tetapi tidak di luar sana.

Baca: 18 Perkara Penting Yang Wajar Anda Ambil Tahu Sewaktu Travel Solo

bercuti-di-afrika-3
Kerana mu briyani kami datang, Kerana mu juga kami ditimpa malang.Kerana mu jua kami membawa balik sebuah kenangan yang tidak dapat dilupakan.Semuanya keranamu

Setelah selesai makan, aku didatangi seorang lelaki berkulit hitam dan dimaklumkan, ‘Follow this way to Park Station’, walhal aku tidak menyoal sesiapa pun untuk menunjukkan arah kerana kami sememangnya tahu arah ke Park Station. Aku tidak mengindahkan beliau dan dan meneruskan perjalanan.

Dalam hati kecil aku bertanya bagaimana lelaki berkulit hitam tersebut tahu yang kami ingin ke Park Station. Rupa-rupanya tidak salah dikatakan bahawa kami telah diekori penjenayah tanpa sedar.

Selang 10-15 langkah tiba-tiba aku dicekik daripada belakang. Dengan pantas  penjenayah melintangkan tangan kanannya di leher dan menggunakan kekuatan tangan kiri untuk membuat grip yang amat kuat dibahagian tengkukku,  menyebabkan aku kelemasan dan hampir-hampir tidak bernafas.

Dalam masa yang sama seorang penjenayah lagi akan berada di bahagian depan sisi, menyelongkar dan mengambil apa sahaja yang terdapat didalam poket.

Sebenarnya kami kaget dan tidak tahu apa-apa. Dengan saiz badan mereka yang besar dan tinggi, mana mungkin kami mampu melawan serangan mereka ini.

Kejadian berlaku amat pantas yakni dalam masa satu nafas sahaja. Jika tidak, mangsa akan kelemasan dan boleh membawa maut. Bila tersedar aku bangun dan menoleh kebelakang melihat kawanku.

Rupa-rupanya beliau juga mengalami nasib yang sama. Kawanku berada dalam kelemasan di tanah. Aku sepantasnya mengangkat beliau dan cepat-cepat kami beredar memasuki Park Station yang dikira agak selamat, jaraknya hanya 50 meter sahaja dari tempat kejadian.

Kami dirompak di hadapan ratusan penjaja tanpa kami diberi simpati atau belas kasihan. Mereka hanya sekadar melihat kami diperlakukan dan membiarkan penjenayah melarikan diri di celah-celah kesibukan orang ramai.

Kesan daripada cekikkan yang amat kuat tadi kami tidak dapat bersuara dengan jelas malah buah halkum seolah-olah tersekat.

Kami batuk-batuk dan terpaksa berkomunikasi dengan suara yang amat perlahan disamping terasa sakit di kerongkong setiap kali menelan air liur. Ini bermakna kami tidak boleh melolong atau membuat pekikan meminta pertolongan sewaktu dan selepas kejadian tadi.

Tidak ada suara yang boleh keluar dan  kedengaran untuk memohan bantuan. Modus operandi yang licik, pantas dan terancang dengan ketepatan waktu yang sesuai.

Aku memasuki balai polis Park Station untuk membuat laporan. Nasib tidak menyebelahi aku. Dengan lain perkataan aku ‘tidak dilayan’ dan dikehendaki membuat laporan polis di satu balai polis lain yang kami sendiri tidak tahu di mana.

Inilah sikap mereka. Kami telah dirompak dan berada dalam ketakutan tetapi mereka seolah-olah turut bersubahat dengan penjenayah serta tidak mengambil amanah dan tanggungjawab yang sepatutnya.

Ingatan buat teman-teman agar membiasakan diri dengan membawa alamat kedutaan untuk memohon bantuan ketika kecemasan.

Dalam ketakutan, aku memilih perjalanan Gautrain ke OR Tambo International Airport. Selesa dan selamat dengan tambang RAN145 daripada Park Station menuju ke airport untuk membuat laporan polis.

Setahu aku, Balai Polis lapangan terbang tidak akan berdolak dalih untuk menerima sebarang laporan jenayah daripada orang ramai. Tindakan aku tepat dan laporan CAS S1/09/2014 telah dibuat.

Baca: 5 Persediaan Penting Sebelum Travel Ke Kawasan Pedalaman Dan Tempat Tinggi

bercuti-di-afrika-4

Polis lapangan terbang OR Tambo juga sama. Dalam kami menghadapi kesulitan dan kesusahan mereka masih meminta wang darpada kami.

Dalam hati kecil aku, perangai polis Afrika Selatan sama dimana-mana. Mereka menggadai integriti untuk wang. Polis dan penjenayah merompak secara terang-terang tanpa ada sedikit pun perikemanusian tersemat di hati mereka.

45 minit kemudian mereka meminta aku wang sebanyak RAN 200 sebagai wang perkhidmatan dan kemudian dijadikan sebagai wang tambang untuk menghantar kami balik ke hotel dengan ditemani seorang anggota polis lain yang jaraknya 3km sahaja. Berlaku tawar-menawar dan dikurangkan kepada RAN 130.

Dalam masa yang sama polis berkenaan menoleh kepada kawan aku dan berkata “you hide something from me“.

Jawab kawan, “tidak, ini sahaja wang yang saya ada selepas dirompak,” sambil menunjukkan sekeping wang kertas bewarna hijau bernilai RAN 10.

Tanpa ada perasaan malu, anggota polis tersebut mengambil wang tersebut walaupun beliau merayu wang tersebut untuk membeli air mineral.

Hari hampir senja dan demi keselamatan, aku bergegas mendapatkan teksi ke lapangan terbang dengan tambang RAN130.

bercuti-di-afrika-5

Keesokan harinya, hari yang ke 33 di ‘Bumi Hitam’ aku tidak ke mana-mana dan seharian berkurung di hotel. Fobia atas apa yang terjadi dan kesakitan di bahagian leher amat terasa sekali. Suara aku semakin pulih tetapi masih rasa sakit apabila menelan sesuatu.

08 September 2014 dengan penerbangan Ethiopian Airlines tepat jam 14.20 aku meninggalkan bumi kejam Afrika Selatan menuju Addis Ababa. Manakala kawan aku menuju ke Bangkok dengan penerbangan Qatar Airways sejam kemudian.

Teringat kata-kata pemilik Guest House di Nelspruit. Berulang kali beliau menasihati aku “don’t ever trust any black people when you are in South Africa“. Ternyata kata-kata beliau adalah benar.

Ya Allah kami yakin ada hikmah di sebalik kejadian tersebut di mana kami masih diberi nafas untuk meneruskan perjalanan.

Tetapi ini semua bukan tiket untuk aku tidak ‘merayap’ lagi. Perjalanan ‘world last destination‘ ke Amerika Latin akan diteruskan dan dijangkakan akan bermula pada April 2015. Insyaallah. Mohon didoakan.

Mengikut apa yang Encik Zainal maklumkan kepada saya, kamera , telefon dan wang saku semuanya berjumlah lebih dari RM2000.00 dan ini sebabnya kenapa Travel Insurance sangat penting.

Bagaimana pula bila gadis Malaysia berkelana ke bumi Afrika? Mungkin Kembara Trans Afrika Dan Catatan Perjalanan Dari Kacamata Gadis Malaysia Ini Bakal Mengubah Persepsi Anda