“Budak-budak zaman sekarang ini beruntung sebab adanya Google,” antara dialog yang membandingkan perubahan zaman antara generasi Z (lahir antara tahun 1997-2012) dan generasi X (lahir antara tahun 1965-1980).

Dapat dilihat, dunia yang moden dan kecanggihan teknologi saat ini telah mengubah gaya kehidupan antara kedua-dua generasi ini. Tidak kisahlah kehidupan generasi yang mana satu lebih baik kerana setiap generasi pasti mempunyai detik-detik perubahan zaman yang unik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun begitu, antara semua kelompok generasi ini, generasi Y atau Millenial (lahir antara tahun 1981-1996) telah dianggap satu generasi yang paling unik. Ini kerana generasi Y pernah berada di tengah-tengah antara zaman generasi X dan Z.

1106101826850557952-1-png__700

Perkara ini sudah pun dijelaskan bersama fakta yang menarik menerusi satu untaian ciapan yang pernah dikirim oleh pengguna Twitter @zedinfluencer pada 2019. Beliau telah menjelaskan mengenai uniknya generasi yang lahir antara tahun 1985 dan 1995 (boleh dikira sebagai generasi Millenial) berdasarkan beberapa pengisian bermula dengan perubahan zaman teknologi, perbezaan mentaliti kerja dan kepercayaan terhadap adat tradisi.

Sempat melihat perubahan zaman teknologi

Menurut pandangan @zedinfluencer, apa yang difahamkan generasi Millenial berpeluang untuk melihat segala perubahan yang berlaku dalam dunia teknologi. Ini kerana generasi ini masih sempat merasai zaman teknologi yang belum maju sebelum beralih zaman teknologi canggih.

1106101962225913856-png__700

“Mereka pernah hidup antara dua generasi iaitu dunia sebelum dan selepas perubahan teknologi serta internet yang kini telah mengambil alih generasi seterusnya,”

Kenyataan ini bermaksud generasi Y sebelum ini pernah merasai zaman teknologi yang masih belum canggih iaitu bermula pada zaman generasi X. Uniknya, generasi ini juga berpeluang untuk melihat perubahan teknologi yang berlaku sehingga zaman generasi Z.

1106103388524048384-png__700 (1)

1106104085453905920-png__700

“Kami melihat semua perubahan teknologi bermula dengan radio kepada televisyen, Nintendo 64 kepada PS4, telefon bimbit Nokia kepada smartphones Samsung, iPhone dan CD, VCD kepada penstriman Netflix.

“Generasi X boleh tertipu dengan pesanan e-mail ringkas, boleh minta wang asalkan ditawarkan dengan rasa cinta. Sebaliknya, generasi Z tahu cipta empat akaun e-mail lebih selamat untuk urusan kerja, media sosial, urusan peribadi, dan transaksi kewangan.

Dapat merasai pengalaman kerja dan budaya yang berbeza

Tambah teruja, beliau juga menjelaskan generasi Y seharusnya beruntung kerana mereka berpeluang merasai pengalaman bekerja dan kepercayaan adat tradisi yang berbeza setelah melalui dua zaman generasi tersebut.

1106102429886660608-png__700

1106104784103399424-png__700

“Generasi sebelum kami sangat ‘old school’ (ketinggalan zaman) dan sering berusaha keras dalam adat bekerja, tidak seperti generasi selepas kami yang percaya dengan work smart (terlalu berusaha keras tidak menjamin kualiti kerja yang baik),”

“Kami mempercayai petua serta tradisi dan akan bertanya jika ada yang kami tidak pasti mengenainya. Generasi X sudah mengetahui tradisi tanpa perlu bertanya. Generasi Z kini langsung tidak tahu apa-apa mengenai tradisi.

Perkongsian netizen generasi Y

Perkongsian untaian tersebut kemudiannya telah tular dan ramai di kalangan netizen yang menambah mengenai momen-momen yang pernah dilalui oleh generasi Y.

1106481553461440512-png__700

“Sebenarnya kami juga pernah menulis surat dan kini segalanya telah berubah setelah munculnya panggilan video.”

twitt

“Kami merupakan saksi perubahan fesyen old school kepada moden, teknologi dan budaya.

The BKTH

“Kami juga melihat jatuh dan bangun banyak syarikat misalnya Nokia, MySpace, Toy r Us, Sony Ericcson, Blackberry, MSN, Yahoo dan Kodak. Muncul pula syarikat baru iaitu Facebook, Instagram, Snapchat, Amazon dan Youtube.

Jadi adakah anda berbangga dilahirkan sebagai generasi Y? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen Facebook The Vocket.

Ini beza genetasi 90an dan milienial guna internet. Klik pada pautan di bawah untuk membacanya.

Ini Beza Generasi 90an Dan Milenial Guna Internet

Bagaimana Pereka Fesyen Ini Menjadi ‘Suara’ Generasi Muda Di Russia

Generasi Milenium Lebih Suka Travel Secara Spontan Dan Bebas