Nilai Bitcoin berada di puncak sekitar bulan Disember lalu dan pelabur serta jutawan Bitcoin ramai yang bergembira dengan nilai Bitcoin berkenaan. Namun kegembiraan mereka bertukar duka apabila nilai Bitcoin tidak lagi berada di harga USD17,9000 (RM69,900+-) yang dicatat pada 15 Disember lalu.

Nilai Bitcoin semakin berkurangan dan pada bulan Februari, matawang kripto ini cuma dinilai pada harga USD6,200 (Rm24,000); jatuh lebih separuh nilai jika dibandingkan nilai bulan Disember lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seorang penganalisa ekonomi terkemuka Amerika Syarikat, Nouriel Roubini harga Bitcoin akan terus merudum dan menurut beliau, akan ‘zero’ terus nilainya nanti.

Nouriel bukanlah peminat setia matawang kripto ini dan turut berkata Bitcoin ini adalah bubble terbesar dalam sejarah manusia. Menurut beliau, ianya akan meletup sedikit masa lagi dan pastinya semua pelabur akan berputih mata.

Jika Facebook pun sudah tidak percaya pada Bitcoin, apakah masa depan matawang kripto ini?

Sumber