Nota Editor : Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat ini pernah menjadi satu fenomena kerana penceritaannya yang penuh dengan pesanan dan teladan. Kini sambungan kisah ini kembali lagi seperti yang telah dikongsikan di fb wall penulis asalnya Dato’ Roslan Abd Hamid, seorang usahawan dan trainer pengucapan awam.  Kami bawakan sambungan kisah ini untuk anda dengan izin dari penulis. Harapan kami semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan membawa kebaikan dalam hidup anda.

BACA : Kisah Benar Lelaki Tua Berkain Pelikat Ini Akan Buatkan Anda Fikir Semula Tentang Kehidupan
BACA : Masih Ingat Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat? Ini Sambungannya Dan Tip Kali Ini Buatkan Kami Teringat Emak

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT

36. Saya jumpa dia lepas Asar. Balik dari KL, saya singgah solat di Masjid. Dia ada di situ, bersandar seperti selalu. Asyik membaca Al Quran. 2 hingga 3 jam sehari. Sungguh tekun. Seolah-olah bayang mati ada disisi.

37. Saya tegur dengan sapaan, perlahan. Dia senyum. “Lamo tak te-ngok”. Saya kata, “Ada, cuma sibuk ke hulu ke hilir”. Dia kata, “sibuk bergerak bagus. Hati kita jangan sibuk dengan dunia. Hati yang sibuk adalah hati yang mati. Hati yang berbolak balik”.

38. Saya duduk disisi. Diam lama. Menunggu dia menyambung. Gayung tua, gayung pemutus. Cakap orang tua biasanya betul.

39. Dia sambung, perlahan tapi jelas, “orang yang berjaya adalah orang yang baik hati. Dermawan. Suka tolong orang. Nikmat hidup ini bukan pada apa yang kita miliki. Nikmat hidup pada apa yang kita kongsi. Sesibuk mana sekali pun kita, isteri mesti main peranan. Ibu merupakan sekolah yang paling utama”.

40. “Untuk hati tidak mati, jadilah orang yang berilmu. Penuntut ilmu. Pendengar ilmu. Pencinta ilmu. Jangan jadi selain dari yang empat ini sebab andai kita jadi yang kelima, maka kita pasti binasa”, sambung Lelaki Tua Berkain Pelikat ini, “Be-so (baca biasa) dengar dok kata kata lagu ni”.

41. Saya jawab penuh tertib dan sopan, “Be-so jugak tu. Kata kata Syaidina Ali bin Abi Thalib”. Orang Tua itu tersenyum penuh suka dan teruja, “Hok ni lah ambo suka benar kalu jupo dengan anak ni. Orang mengaji penuh dada”.

42. “Hidup kita ni usah sekadar jadi penggembala kambing dan lembu. Kita mesti memimpin manusia. Untuk memimpin orang, kita mesti memimpin diri sendiri. Ramai dari puak kita lo -ni ralik sungguh dok bercara ko rumput laman ore. Laman sendiri, sa-pa (sampai) ke kaki tangga. Bina diri. Jadi orang beriman dan berbudi”.

43. “Untuk berjaya, pilih kawan. Usah kita bersahabat dengan seseorang itu sehingga kita ketahui bagaimana dio (dia) buat kepada sahabat sahabatnya yang terdahulu daripada kita. Sobat lain dengan teman tepi jalan”.

44. “Keno rajin pergi maktabah. Sebaik baik teman duduk pada setiap waktu adalah buku. Tahu dok maktabah gapo. Ore ngaji kot ore putih ni tak reti doh lo-ni”.

45. Saya senyum nampak gigi sambil menjawab, “Maktabah tu perpustakaan atau khutub khanah. Kata kata sebai- baik teman itu dari perbidalan kata Arab”.

46. Lelaki Tua berkain pelikat, letak Al Quran baik-baik sebelah tepi dan berkata, “bijok bijok. Maghi kita minum kopi ke-dai depen sebelah Seven Eleven tu”. Maka kami pun bergandingan keluar dari masjid, menuju ke kedai kopi untuk perbualan agung yang lebih bermakna.

47. Sebaik melabuhkan diri di kerusi, Lelaki Tua Berkain Pelikat berkata, “Jadi Anak Jate”. Tabah dan sabar sokmo. Tuntut ilmu. Tak sah (tidak payah) susahkan ore lain. Berdikari. Apakah yang menghidupkan kita masa berdepan ujian? Semangat Anak Jate”.

48. Dalam masa kami minum dan makan murtabak, Lelaki Tua Berkain pelikat terus berkata, “Semangat tulus luhur yakin pada adanya Allah. Peta hidup kita sudah ditentukan, namun dengan usaha dan doa – ada yang boleh berubah. Allah hanya akan ubah keadaan kita, andai kita ubah apa yang ada dalam diri kita”.

50. “Islam hanya tertegak dalam diri dengan akhlak mulia, berani, amanah dan ada keinginan untuk maju. Jadilah sahabat yang baik. Andai kita rasa dekat dengan Pencipta, kita pasti percaya, setiap ujian Tuhan ada hikmahNya. Insha Allah”.

51. Sambung Lelaki Tua Berkain Pelikat, “Pernah dengar perkataan ini, Andai kata di akhir usia kita, ada sepuluh sahabat, maka itu adalah perkara terbaik yang pernah berlaku pada diri seseorang. Sahabat adalah seseorang yang boleh diajak berkongsi kesusahan”. “Bertuah lah, orang yang ada saudara yang tidak dilahirkan oleh ibu kandung mereka”

52. “Umur umat Muhammad ini antara 60 hingga 70 tahun sahaja. Ambo ni sudah 75 tahun. Banyak benar dah dapat nikmat umur panjang. Satu nasihat ambo. Pahat dalam dada. Hati hati pilih kawan. Tidak ramai kawan dapat jadi naik taraf sahabat”.

53. “Ambo ini ore dari pengajian zaman dahulu kala, ketika gagak putih, bangau hitam, banyak membebel. Kecek (bercakap) sikit gak nak tanya selalu (baca- terus) pasal kecenderungan, kegemaran dan buku yang dibaca. Sebab pada ambo itu penting nak nilai manusia dari segi luaran. Dalaman kita tak tahu”.

54. Tiba tiba, dia berpaling pada saya. “Anak hisap rokok. Tengok ko bibir merah tu tak hisap”. Saya spontan menjawab, “Bakpo pulak dengan hisap rokoknya”. “Andai ada kawan hisap rokok dekati dia. Perlahan lahan , minta dia berhenti”.

55. “Usah gopoh dalam buat apa perkara sekalipun. Gopoh gapah itu datang dari syaitan dan bertenang itu daripada Allah.”

(Bersambung)

Like page The Vocket di Facebook untuk mengikuti sambungan kisah menarik ini.