Beberapa hari lepas, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Noh Salleh, Muadz Dzulkefly dan Mizz Nina baru sahaja ke Jordan bagi tujuan menghulurkan bantuan kepada pelarian Syria dan konsert amal #1moment4them.

Setelah tamatnya konsert dari artis-artis berkenaan, diadakan pula sesi lelongan barangan oleh artis-artis berkenaan bersama pelajar-pelajar Malaysia di Jordan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Satu sesi yang menambat hati kami adalah apabila Faizal Tahir bertindak membuka kasutnya di atas pentas dan berjalan tanpa kasut kerana kasutnya juga turut dilelong.

Berikut merupakan video sepanjang lelongan berlangsung eksklusif untuk paparan di Vocket. Video adalah sumbangan Cik Hidayah Syakirah, penuntut Malaysia di sana.

Baca: Kisah Menyentuh Hati Di Sebalik Sekolah Anak Pelarian Syria Diasaskan Oleh Pelajar Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=crJ7nEreTTc

https://www.youtube.com/watch?v=NqATxsuNkDo

Video ke 3 adalah momen di mana Faizal Tahir berjalan tanpa kasut.

https://www.youtube.com/watch?v=F9o5Zhh5X7E

Matawang yang digunakan di dalam video ini adalah Jordanian Dinar, iaitu 1 JOD ketika ini bersamaan RM5.20.

Screenshot_2015-08-06-09-56-36

Screenshot_2015-08-06-09-57-25

Kasut dah dilelong. Pemenangnya juga sudah ada.

Vocket turut berjaya menjejaki pemenang kasut Faizal Tahir iaitu Saudara Afyz Yzels, pelajar tahun akhir yang sedang menuntut di Jordan. Ikuti perkongsian beliau di bawah.

lelong-kasut-faizal-tahir

2 minggu lepas, raya ke-2 dapat makluman pelajar Malaysia sakit dan dimasukkan ke ICU Hospital. Selepas korek-korek kira-kira, 250JD dikeluarkan daripada tabung simpanan untuk sumbangan bayaran kos perubatannya dan pengurusan.

Malam ini, majlis bidaan barang-barang tetamu jemputan ketika diakhir Konsert Amal Untuk Syria oleh Faizal Tahir, Aizat, Noh dan Muadz. Bayaran bidaan akan masuk sepenuhnya ke tabung untuk Syria.

Tanpa berfikir panjang, bida dan terus membida. Sampai la harga 700JD (RM3700). Alhamdulillah menang. Padahal awal lagi Faizal Tahir cakap harganya dalam RM400 sahaja.

Ironinya lagi, sebenarnya beli bukan untuk pakai pun. Dalam kepala set dah, kalau menang pun nak bagi kat abang Ady Yzels yang pakai.

Tapi beli sebab fikir duit tu tak kemana juga. Untuk digunakan pada pelarian Syria juga. Selama 2 tahun ni boleh plak spent duit sendiri ribu-ribu kat Syria, kenapa malam ni tak boleh kan?

Last yang paling ironi, duit semua tu sebenarnya duit persediaan untuk hantaran kahwin nanti. Penat juga simpan duit sebab nak kahwin, tapi betullah.

Hati duk ulang cakap “Duit boleh cari, duit boleh cari. Peluang nak bantu Syria macam ni bukan selalu datang”.

Dalam hidup aku dah kerap kali terjadi keajaiban yang menyebabkan aku cukup yakin, bahawa Allah takkan abaikan orang yang berusaha menolong umatNya.

Terima kasih bro Faizal Tahir. Last bro Faizal cakap

“bro banyak kau spent bro, semoga Allah bantu kau jaga kau. Insha Allah sampai syurga”. Ameen

Kena mengaku jugak, hati memang tak boleh lepas bila sebut tentang Syria. Rasa tak guna jadi manusia kalau tak buat apa-apa untuk mereka-mereka ini.

faizal-tahir

Anda di Malaysia juga sebenarnya boleh turut menderma dan membantu pelarian Syria terutama kepada sekolah Malaysian Arabian School yang menyediakan pendidikan percuma kepada anak-anak pelarian Syria.

Sumbanagn boleh dibuat kepada akaun yang tertera di bawah ini;

SALIKIYAH BINTI MOHD IDRIS
HSBC Bank, No akaun : 304-518020-025

Amirul Ridzwan Bin Azman
CIMB Bank, No akaun : 702-119-4479

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram