LG akhirnya mengakhiri spekulasi tentang ura-ura telefon pintar terbaru mereka dengan mengumumkan LG G5 di MWC 2016 yang berlangsung di Barcelona.

Rekabentuk yang diumumkan sama seperti yang tertiris sebelum ini dan nampaknya LG benar-benar mencuri perhatian peminat telefon pintar apabila mengumumkan modular tambahan khas buat LG G5.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Modular ini berfungsi sebagai bateri tambahan juga dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri yang menarik seperti butang untuk zoom semasa mengambil gambar dan butang shutter.

lg-g5-review-battery-650-80

Selain itu, Pihak LG juga mengumumkan beberapa modular tambahan akan diumumkan kelak dan salah satu daripadanya adalah modular LG HiFi Plus yang menawarkan sokongan kualiti audio yang lebih baik melaluinya.

LG membangunkan LG HiFi Plus dengan kerjasama pihak Bang&Olufsen dan ia menawarkan kualiti audio 32bit serta menikmati audio berkualiti tinggi melaluinya serta sokongan audio jack melalui modular.

Dari segi spefikasi LG sememangnya tidak pernah ketinggalan malah sering membuat pembaharuan di dalam arena telefon pintar.

LG G5 menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 820 beserta RAM 4 GB dijana oleh Android 6.0 Marshmallow. Satu perubahan besar buat UI LG G5 pada kali ini adalah ketiadaan application drawer dimana LG bakal mengikuti jejak langkah telefon pintar seperti Xiaomi yang menggunakan Android yang berasaskan MIUI.

Jika anda seorang yang mahukan Nexus 6P tetapi Nexus 6p terlalu besar buat anda, LG G5 pasti menjadi pilihan yang baik. LG G5 dilengkapi dengan skrin 5.3″ IPS LCD Quantum QHD untuk memberi paparan yang jelas dan terang.

Selain itu, LG mengumumkan LG G5 dilengkapi dengan fungsi Always on display dimana skrin LG G5 sentiasa hidup dan bakal memaparkan notifikasi dan jam tanpa menggunakan bateri yang banyak.

lg-g5-fingerprint-sensor-650-80

Jika pada LG G2 kita dapat melihat LG membuat pembaharuan dengan meletakkan butang unlock di bahagian belakang telefon, kini  LG telah menggantikan dengan slot pengimbas cap jari yang sangat responsif untuk memudahkan LG G5 digunakan.

LG G5 juga menggunakan dwi-lensa kamera pada bahagian belakangnya. Ia hadir dengan kamera dengan gabungan 16-megapixel dan juga 8-megapixel. Satu daripada kameranya menawarkan sokongan rakaman biasa, sementara satu lagi membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan lebih luas sekaligus membolehkan lebih ramai atau lokasi latar yang lebih besar dimuatkan dalam gambar.

lg-g5-review-dual-camera-650-80

LG mengatakan satu lensanya merakamkan gambar pada keluasan 78-darjah, dan satu lagi menawarkan rakaman meliputi 135-darjah. LG mengatakan penggunaan lensa berubah secara automatik, dan pengguna tidak akan perasan akan perubahannya, dan pada masa yang sama menawarkan rakaman gambar yang cantik dengan data yang lebih banyak pada hasil rakaman.

Secara keseluruhannya, LG G5 boleh dikatakan sebuah telefon pintar yang hebat dan seronok untuk digunakan dengan adanya modular-modular tambahan. Penggunaan modular ini merupakan sesuatu yang inovatif dan bakal menjadi pioneer buat telefon pintar.

Saiz bateri yang bersaiz 2800 mAH mungkin merupakan satu-satunya kelemahan buat LG G5 tetapi dengan bantuan modular rasanya ini bukan menjadi suatu masalah. Kami yakin LG G5 bakal memberi saingan hebat buat Samsung Galaxy S7 dan telefon-telefon pintar Android yang lain.