LG mengumumkan mereka bakal tampil dengan telefon pintar flagship yang terbaru iaitu LG G5 pada 21 Februari ini semasa sidang MWC2016.


Jika anda mengikuti trend telefon pintar daripada LG, anda pasti sudah tahu bahawa LG sering memberi pembaharuan yang unik untuk telefon pintar mereka seperti yang dilakukan di LG G2 dan LG V10.

Pada kali ini LG sekali lagi bakal tampil dengan LG G5 yang mempunyai features yang baru iaitu skrin yang sentiasa aktif.

Teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru di dalam arena telefon pintar kerana Nokia telah telah hadir dahulu dengan teknologi ini yang dinamakan Nokia Glance Screen.

Baca: Dengan Teknologi Ini Anda Tidak Lagi Perlu Swipe Telefon Bimbit Anda

Fungsi skrin yang ditampilkan LG G5 pada kali ini bakal memberi kelebihan kepada pengguna untuk menyemak waktu dan notifikasi dengan mudah.

Fungsi ini tidak menggunakan tenaga yang banyak memandangkan skrin yang sentiasa aktif ini tampil dengan warna monokrom dan bukanlah AMOLED yang memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk skrin yang lebih jelas dan cerah.
LG G5 kemungkinan bakal tampil dengan spefikasi seperti berikut:

  • OS: Android Marshmallow bersama LG UX
  • CPU: Snapdragon 820
  • Skrin: 5.3-inci 2560×1440 IPS LCD + Skrin kedua
  • RAM: 3GB
  • Storan: 32GB + MicroSD
  • Kamera: kamera belakang 16 megapixel  / kamera depan 8 megapixel
  • Batteri: 2,800 mAh
  • Fungsi Lain: Sensor cap jari

Dalam pada masa yang sama Samsung juga bakal mengumumkan telefon pintar S-series terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S7 pada hari yang sama.

Baca lagi: Apabila Drone Dan Teknologi Digunakan Dalam Bola Sepak. Memang Cool

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group