Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kota Paris yang terkenal dengan Menara Eiffel sememangnya bandar yang berada dalam checklist setiap traveler. Namun realitinya, kota Paris adalah kota penuh tipu daya.

Menurut saudara Naufal Bakhudin yang kini sedang berada di Paris, beliau secara tidak sengaja merakam aksi penyeluk saku yang profesional di sana dengan kamera GoPro miliknya. Dapat dilihat dua orang wanita secara bersahaja membuka beg yang dibawa oleh wanita yang sedang berjalan dalam kumpulan Naufal.

Kisah tergempar di ParisBerlaku depan aku hari ni seorang kawan kami di 'picked pocket' oleh geng yang sangat licik dan terlatih.Kebetulan kamera aku dalam mode 360 darjah dan dapat merakam aktiviti licik tersebut dari awal hingga akhir tanpa kami satu kumpulan sedar.Sila tonton video di bawah untuk jadi tauladan dan keselamatan kepada mereka yang berhajat ke eropah terutama di Paris 👇Naufal BakhudinMeremang bulu roma#OpalBakhudin#OpalCoway#CSTeam#TeamSarahPakarCoway#TeamOpal#AllChampions#CSTeamEuro2019

Posted by Naufal Bakhudin on Saturday, 30 March 2019

Pengajaran yang dapat diambil daripada video saudara Naufal ini adalah untuk anda berhati-hati sepanjang masa ketika berada di luar negara terutamanya di kawasan hot spot. Ini bukan kes pertama rakyat Malaysia menjadi mangsa penyeluk saku di Paris.

Memang melecehkan jika barangan penting seperti passport kita hilang di negara orang. Salah satu cara untuk elak anda menjadi mangsa penyeluk saku adalah jangan galas beg anda di bahagian belakang dan biarkan beg anda berada di bahagian hadapan.

Semoga video yang dikongsikan oleh saudara Naufal Bakhudin ini dapat dijadikan tauladan dan reminder untuk anda yang akan bercuti di luar negara.

Anda Mungkin Suka