Superbowl LIII merupakan perlawanan bola sepak Amerika paling besar yang akan berlangsung pada 2 Februari. Bersempena perlawanan ini, BAPE dan adidas berkolaborasi sekali lagi untuk menghasilkan satu koleksi hebat.

Selepas kasut UltraBOOST diperlihatkan beberapa hari yang lalu, adidas berkongsi pula aksesori lain yang turut hadir dalam koleksi ini. Dapat dilihat aksesori bola sepak Amerika seperti helmet, sarung tangan bola rugbi serta jersi dihiasi corak ikonik BAPE camo bakal menjadi rebutan peminat BAPE dan adidas dari seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sneakerness
Sumber gambar: Sneaker News

Harga untuk koleksi ini bermula dari $40 (~RM165) hingga $600 (~RM2,480).Berita baiknya adalah koleksi ini akan dilancarkan pada 2 Februari (Sabtu) di laman adidas.com dan butik BAPE seluruh dunia.

Butik BAPE paling dekat dengan Malaysia adalah di Singapura. Jika anda mahu cuba nasib mendapatkan barangan daripada koleksi ini, boleh ke Singapura pada 2 Februari depan. Atau anda tunggu ianya dijual melalui laman butik rasmi adidas. Yang pasti, ianya akan sold out dalam sekelip mata.

Sumber