Selepas kejadian Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu balistik sehingga melewati perbatasan udara Hokaido sebelum jatuh perairan Jepun di Lautan Pasifik, Jepun yang menganggap perbuatan ini sebagai satu ancaman yang serius kini sudah mula menjalani latihan ‘missile drill’ sebagai persedian awal atas segala kemungkinan buruk yang bakal berlaku. Dalam latihan evakuasi ini, siren dibunyikan sebagai amaran tanda bahaya. Sebaik sahaja mendengar bunyi ini, semua warga dari kanak-kanak, guru hingga warga tua terpaksa menghentikan segala aktiviti serta-merta dan lari ke tempat perlindungan.

Menurutnya, dalam situasi seperti ini, panik bukanlah sikap yang tepat. Latihan ini adalah sebagai persediapan mereka untuk menghadapi segala kemungkinan terhadap ancaman Korea Utara.