Jika tahun lalu sekumpulan remaja dari Malaysia buat hal di Jepun, nampaknya pelancong dari China pula menjadi perhatian dunia (dan seluruh Jepun) selepas mereka meninggalkan apartment yang disewa melalui platform Airbnb di Jepun dalam keadaan yang sangat teruk.

Masalah yang dilakukan ini turut mengundang kemarahan netizen selepas pemilik apartment ini memihak untuk memuat naik keadaan apartment beliau di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, penyewa yang dikatakan meruapakan tiga orang pelajar dari China ini telah meninggalkan apartment penuh dengan timbunan sampah, bekas minuman serta keadaan ruang tamu apartment pula dirosakkan dengan dengan lakaran dan lukisan.

3-23

2-25

Pemilik apartment tersebut pada mulanya menuntut pelajar-pelajar tersebut untuk membayar dua kali ganda bagi kos pembersihan namun pelajar-pelajar tersebut enggan membayar.

Bukan sahaja pelajar-pelajar tersebut tidak menyesal atas tindakan mereka, malah mereka turut mengatakan bahawa mereka sudahpun membelanjakan wang untuk tempat tinggal maka tidak perlu lagi membayar kos pembersihan kerana mereka hanyalah sekadar menyewa dan bukannya menetap secara terus.

pelancong cina kotor 2

pelancong cina kotor

Malahan, bagi mempertahankan tindakan mereka yang membuang sampah serata rumah, mereka mengatakan bahawa mereka tidak menemui tong sampah di dalam apartment tersebut. Walaubagaimanapun, pemilik apartment mengatakan beliau sudahpun menyediakannya.

Setelah isu tersebut menjadi viral di media sosial, pelajar-pelajar tersebut memilih untuk memohon maaf kepada pemilik apartment namun enggan dimaafkan pemilik apartment kerana beranggapan perlakuan yang dibuat pelajar dari China sangat melampau dan diluar batasan.

Melihat kepada kes yang berlaku, haruslah diambil iktibar bahawa sekiranya anda menginap di mana-mana apartment menggunakan platform Airbnb, janganlah meninggalkan sampah sedemikian rupa. Secara tidak sedar anda mungkin telah memburukkan nama negara anda sekaligus memberi kesan kepada pelancong lain yang melawat ke negara tersebut.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia’

https://youtu.be/SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

Guns

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!

Sumber