Pejam celik, pejam celik sudah hampir sebulan kita berpuasa. Bila dah sebulan berpuasa, pastinya kita nak raya kan? Kalau nak raya, perlu buat persiapan raya. Kalau orang datang ke rumah, benda pertama yang mereka cari pastinya kuih raya!

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Mana tidaknya, setahun sekali sahaja kita dijamu dengan kuih-kuih raya ini dan kita mesti nak hidangkan kuih yang paling sedap kan? Jika di Malaysia, tuju sahaja ke Jalan Tunku Abdul Rahman, memang banyak pilihan yang boleh kita
buat.

Tetapi jika tahun ini anda beraya di Singapura dan pening kepala untuk dapatkan stok kuih raya dan juadah ringan seperti dodol dan kek, jangan rungsing sebab Agrobazaar Malaysia-Singapura ada buat promosi yang power sempena raya ini!

Riuh Raya ABMS @ Big Box!

Riuh Raya ABMS @ Big Box!

Jujur saya cakap, memang banyak pilihan dan sedap-sedap kuih raya yang dijual Agrobazaar Singapura ini. Di bawah ini adalah promosi yang dibuat Agrobazaar sempena raya ini.

1. Botol Besar 450g/500g pelbagai jenis dan jenama boleh dipilih. 5 balang = SGD70.00

Agro 2

2. Botol kecil 250g/350g pelbagai jenis dan jenama boleh dipilih. 5 balang = SGD40.00

Agro 3

3. Kek Kukus buah buahan perisa original dan cranberry boleh dicampur. 1.8kg = SGD50.00

Agro 4

4. Dodol asli dan pelbagai rasa. Satu set 450g = SGD20.00

agro dodol

Mana nak dapatkan kuih-kuih raya ini? Anda boleh dapatkan kuih-kuih ini di pasaraya Big Box sempena ‘Riuh Raya ABMS @ Big Box’ yang akan berlangsung sehingga 5 Julai ini. Just nice promosi ini sehingga habis Ramadhan. Jadi, sehari sebelum raya pun anda sempat lagi borong kuih-kuih ini untuk dijamu di pagi Syawal nanti.

Sebelum terlupa, ada juga demo masakan yang menggunakan produk Agromas berlangsung di Big Box setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad oleh Chef Ryan. Chef Ryan turut membuat demo masakan menggunakan pes dari buah-buahan tempatan dari jenama Horeca.

Chef Ryan dalam salah satu demo masakan di Big Box

Chef Ryan dalam salah satu demo masakan di Big Box

Sempat lagi rasanya untuk anda ke Big Box hujung minggu ini untuk tengok demo masakan Chef Ryan sambil anda membeli belah kuih raya untuk rumah anda. Manalah tahu anda nak pelbagaikan juadah di pagi raya anda dan mahu cuba produk masakan dari Agromas. Belum cuba belum tahu kan?

Ramai-ramai jangan lupa serbu pasaraya Big Box untuk dapatkan promosi yang awesome ini. Tetapi promosi ini juga turut berlangsung di Agrobazaar Singapura. Kalau anda tak sempat ke Big Box, boleh saja ke Agrobazaar Singapura. Alang-alang anda di Agrobazaar Singapura, apa kata cuba berbuka puasa di sini dengan set buffet Ramadhannya.

Agrobazaar Singapura

Agrobazaar Singapura

Jadi sambil anda beli kuih raya, sambil anda berbuka puasa. Pilihan makanan pun banyak dan sedap-sedap belaka. Kalau anda nak tahu hidangan apa yang ada dalam set buffet Ramadhan Agrobazaar Singapura, boleh lihat di sini. Selamat ber-shopping kuih raya!

Baca Dengan SGD 33, Ini Yang Anda Boleh Makan Di Singapura

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group