Sebuah lori yang membawa kontena dengan nama Evergreen viral di media sosial setelah menghalang laluan di tengan lebuh raya. Bagi netizen, kejadian ini seolah-olah berjangkit dengan kapal kontena yang juga dihiasi dengan nama Evergreen yang tersangkut di Terusan Suez awal minggu ini.

Sebuah gambar yang dimuat naik di laman Weibo pada 27 Mac lalu menunjukkan sebuah trak yang membawa kontena telah menghalang laluan di lebuh raya Changshen dengan tarikh dan waktu gambar itu diambil adalah sekitar jam 9:55 pagi pada tarikh 27 Mac.

evergreen-container
Weibo

Apa yang menjadi buah mulut netizen adalah bukan sahaja nama yang menghiasi badan trak kontena itu sama dengan kapal kontena Ever Given, tetapi cara kedua-dua kenderaan terbabit menyekat laluan utama juga seakan-akan sama dengan bergerak ke arah kanan dan berhenti pada sudut 45 darjah.

Untuk pengetahuan anda, Evergreen Line adalah nama dagang yang digunakan oleh sekumpulan lima syarikat perkapalan yang merangkumi Evergreen Marine Corp. (Taiwan) Ltd. Evergreen Marine Corp kini menyewa Ever Given dari pemilik Jepun, iaitu Shoei Kisen Kaisha.

ship-suez-canal
@fallenhearts17/Instagram

Menurut kenyataan di laman web Evergreen Marine Corp. pada 24 Mac lalu. Mereka telah memberi sepenuh kerjasama dengan Suez Canal Authority untuk membebaskan kapal yang terkandas di tengah-tengah laluan dagangan penting.

Namun, baik Evergreen Marine Corp dan syarikat gabungannya dari Evergreen Line, mereka sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan kemalangan di lebuh raya Changshen. Menurut China Times, Evergreen tidak menjalankan perniagaan trak penghantaran di China dan perniagaan mereka hanya tertumpu pada pengangkutan laut sahaja.

Screen-Shot-2021-03-26-at-1.44.37-PM
vesselfinder.com

Untuk rekod, The Vocket sebelum ini melaporkan kapal yang melalui Terusan Suez sepanjang 164km dan kelebaran 300m itu ‘tersangkut’ apabila sebuah sebuah kapal kontena besar telah tersadai di tengah laluan akibat hilang kawalan.

Kapal kontena yang dikenali sebagai ‘The Ever Given’ dalam perjalanan menuju ke bandar pelabuhan Rotterdam di Belanda dari China telah terperangkap sekitar pukul 7:40 pagi waktu tempatan pada hari Selasa disebabkan oleh kegagalan teknikal.

Beberapa buah kapal tunda telah dikerah untuk membantu kapal ‘The Ever Given’ sepanjang 400m (1312 kaki) dan selebar 59m itu. Dijangkakan operasi untuk memindahkan kapal yang terperangkap akan mengambil masa berhari-hari.

Kesesakan di Terusan Suez buat satu dunia rugi RM1.6 bilion per jam. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kesesakan Di Terusan Suez Buat Satu Dunia Rugi RM1.6 Bilion Per Jam

Kerana ‘The Ever Given’ Tersangkut, Puluhan Kapal Kontena Terperangkap Di Terusan Suez