Nota Editor: Luahan hati ini adalah daripada Nur Fadhilah Wahid, warga Singapura yang telah melanjutkan pelajaran di UIA. Kami kongsikan semula di Vocket dengan izin daripada penulis asal.

Aku masih ingat pertama kali ku menjejak kaki untuk bermuqim di Malaysia sebagai seorang pelajar. Semuanya tidak kena.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pegawai lambat bekerja. Pelajar belajar macam tak endah. Building tidak maintain. Jalan penuh sampah-sarap. Bas? Mana bas?! Hari-hari aku merungut nak balik.

Singapore better la Ibu, I can’t wait to go home, aku bising di talifon saban hari.

Jangan bongkak di negeri orang. Kau tu tetamu, ibu pesan, suara semakin meningkat. Aku terdiam. Letak talifon, menangis di tilam.

Lap mata. Hmm. Fikiran. Mungkin betul kata Ibu. Esok hari baru; aku akan ubah cara pemikiranku.

Baca: Kenangan Manis ‘Token Of Love’ Wanita Ini Bersama MAS Buat Kami Mahu Turut Lakukannya

fadhilah-2

Hari, minggu, bulan, tahun berlalu. Di dalam bas hijau First Coach, perjalanan terakhirku pulang ke Singapura sebagai mahasiswi UIA.

Menitis air mata sekali lagi. Bukan kerana nak balik, tetapi sebaliknya; berat hati nak tinggalkan tanah yang telah ku jatuh cinta dengannya.

Dengan azan yang berkumandang di mana-mana. Dengan makcik-pakcik dari entah mana yang selalu berpesan pada Tuhan. Dengan besarnya hati teman-teman Malaysiaku.

Dengan pemandu-pemandu teksi yang hanya ingin dibayar dengan du’a. Dengan kelapangan dan kehijauan. Dengan sesuatu kebebasan yang masih tak pandai aku nak terangkan kepada kawan-kawan Singapura.

Selamat Hari Merdeka, Malaysia. You’re not perfect, but your imperfection makes me feel human. And for that I love you. Jika terbaik buatku dunia akhirah, moga kita bersatu kembali, inshaAllah.

Moga Allāh menjagamu dan rakyatmu.

Baca: Kisah Inspirasi Seorang Pelajar Miskin Yang Teringin Ke KLCC Dikurniakan Rezeki Melalui Guru Prihatin

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram