Kita sedia maklum Apple baru sahaja memperkenalkan beberapa produk baharu baru-baru ini. Siapa sangka salah satu produk yang dilancarkan itu telah dihasilkan di Malaysia.

Terbaharu, beberapa pengguna di Twitter berkongsi  tentang produk Apple iaitu Mac mini M2 yang dihasilkan di Malaysia. Menerusi gambar yang dikongsikan, tertera nama Malaysia pada bahagian luaran Mac mini baharu dan juga pada kotaknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ramai yang teruja untuk mengetahui bahawa Malaysia juga turut serta dalam penghasilan Mac mini M2 itu. Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama memandangkan Malaysia juga pernah menghasilkan Mac Studio pada tahun lalu.

Di samping itu, nama Malaysia secara tidak langsung telah dipromosikan di persada antarabangsa. Ini juga membuktikan bahawa Malaysia mampu menghasilkan kualiti produk bertaraf dunia memandangkan Apple sangat menitik beratkan kualiti produknya.

Dengan kepercayaan yang diberikan kepada pengilang di Malaysia, ramai yang mengharapkan Apple juga membuka Apple Store secara rasmi kerana mahu menikmati sejumlah kelebihan menerusinya.

Ketika ini, Mac mini M2 sedia dijual pada harga bermula RM2,499 dan boleh mencapai hingga belasan ribu dengan pilihan spesifikasi tertinggi. Mac mini M2 ini mencuri perhatian ramai kerana prestasi yang ditawarkan lebih bagus dan efisien.

Sumber