Penularan wabak pandemik COVID-19 yang bermula di China pada tahun 2019 dan merebak ke seluruh dunia belum lagi berjaya menemui penawarnya sehingga ke hari ini.

Kini, semua orang di seluruh dunia terpaksa hidup dengan wabak tersebut dan mengambil vaksin untuk mengurangkan simptom jika terjangkiti. Malah, sudah tidak pelik jika terlihat pegawai perubatan memakai sut PPE dan sut hazmat berada di tempat umum kerana mungkin terdapat kes di kawasan terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tebaharu, ramai orang terkejut apabila tular gambar pekerja Starbucks di lapangan terbang Shenzen memakai sut PPE dan sut hazmat untuk menyediakan minuman pelanggan.

shenzhen-airport-starbucks-7

shenzhen-airport-starbucks-1

Menurut laporan, hal ini kerana kes penularan wabak COVID-19 dikesan di sana. Oleh itu, para pekerja Starbucks memakai sut PPE dan sut hazmat bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti wabak tersebut.

Malah, Starbucks China telah mengeluarkan kenyataan bahawa gambar yang tular adalah ketika pembukaan kembali cawangan Starbucks pada hari pertama dan kedua selepas kes positive COVID-19 dikesan di sana.

shenzhen-airport-starbucks-9-600×296

Akan tetapi, kenyataan tersebut telah dipadam atas faktor yang tidak diketahui. Melihat gambar-gambar terbabit pastinya membuatkan anda berasa berada dalam sebuah makmal perubatan.

Sementara itu, Starbucks Malaysia telah berkolaborasi dengan Christy Ng tampil dengan koleksi kek bulan premium. Difahamkan, koleksi ini hadir dengan beg Christy Ng dalam dua warna pilihan iaitu merah dan biru.

Bagi koleksi kek bulan pula, ia hadir dengan 4 perisa iaitu Starbucks Caramel Macchiato Mooncake, Starbucks Matcha Adzuki Mooncake, Starbucks Lotus Salted Egg Mooncake dan Starbucks Chocolate Hazelnut Praline Mooncake.

Harga untuk koleksi Starbucks x Christy Ng ini adalah terhad dan boleh didapati di kesemua cawangan Starbucks di Malaysia dan harganya bermula dari RM138 sahaja.

Tahukah anda bahawa bagaimana Starbucks kuasai pasaran kopi seluruh dunia? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Pernah Jatuh, Ini ‘Rahsia’ Dan Cara Starbucks Kembali Kuasai Pasaran Kopi Di Seluruh Dunia

Nestle Berkolaborasi Dengan Starbucks Perkenalkan ‘Starbucks at Home’ Di Malaysia