Sekiranya anda mengikuti perkembangan syarikat Berjaya Corporation Bhd (BCorp), pastinya anda cukup tahu di mana syarikat ini telah melantik Jalil Rasheed selaku mantan CEO PNB sebagai CEO terbaru BCorp. Pelantikan yang dibuat disusuli dengan peletakan jawatan Vincent Tan sebagai pengurus eksekutif bagi memfokuskan kepada program rumah mampu milik.

Terbaharu, bermula dengan cadangan, Jalil Rasheed selaku CEO berkongsi di Twitter mengenai inisiatif BCorp dalam menawarkan rumah mampu milik buat golongan B40 di sekitar Lembah Klang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi program yang dinamakan sebagai Better Malaysia Foundation (BMF), BCorp yakin mampu menawarkan rumah serendah RM120,000 sehingga RM300,000 bermula dengan saiz 450 kaki persegi sehingga 900 kaki persegi.

Menurut Jalil Rasheed, harga yang rendah dapat ditawarkan buat para pembeli menerusi sokongan kerajaan dalam mengenakan premium tanah yang lebih rendah serta caj pembangunan nominal untuk menjayakan projek ini.

Tawarkan pembiayaan 100% sehingga 60 tahun buat golongan B40

Apa yang membuatkan program ini unik serta menjadi persoalan buat orang ramai adalah penawaran pembiayaan sehingga 60 tahun yang ditawarkan di mana pembiayaan boleh dibuat untuk dua generasi iaitu bapa dan anak seperti mana yang dilakukan negara Jepun.

Difahamkan penawaran pembiayaan sehingga 60 tahun ini dijalankan bagi membolehkan golongan B40 menikmati harga pembiayaan bulanan yang lebih rendah. Dalam pada itu, Jalil Rasheed memaklumkan para pembeli berpeluang memilih jumlah tahun pembiayaan yang mahu dijalankan.

Rumah lima bilik dan empat bilik air dengan keluasan 900 kaki persegi beserta perabot

Tambahnya lagi, rumah yang bakal ditawarkan dengan keluasan 900 kaki persegi turut hadir lima bilik tidur beserta 4 bilik air. Dimaklumkan rumah contoh ini turut dipamerkan di Hotel Berjaya Times Square. Malah, dimaklumkan rumah yang bakal dibeli pengguna bakal turut disertakan dengan perabot bersama.

Meskipun idea yang ditawarkan tampak menarik serta berusaha untuk membantu golongan B40, terdapat netizen yang kurang bersetuju dengan idea yang dikongsikan.

Penawaran pembiayaan 60 tahun yang mendesak kepada bayaran faedah lebih tinggi serta generasi seterusnya yang dibebani hutang sejak lahir antara yang menjadi persoalan.

Tidak kurang juga mereka yang kurang bersetuju dengan idea penawaran lima bilik tidur beserta perabot untuk rumah dengan keluasan 900 kaki persegi.

Idea yang dikongsikan ternyata menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen. Adakah anda bersetuju dengan idea yang dikemukana atau sebaliknya? Anda boleh baca lebih lanjut idea penuh BMF daripada BMF oleh Jalil Rasheed dengan klik di sini.

Sebelum ini, Jalil Rasheed berjaya menjadi buah mulut orang ramai selepas meraih keuntungan RM8.4 juta seminggu selepas dapatkan saham syarikat yang diurusnya.

Baru Sahaja Seminggu ‘Borong’ Saham Berjaya, Jalil Rasheed Kini Raih Keuntungan RM8.4 Juta

Mahu Fokus Program Rumah Mampu Milik, Vincent Tan Umum Letak Jawatan Pengurus Eksekutif Berjaya