Kemenangan Donald Trump menentang Hillary Clinton sebagai presiden Amerika Syarikat adalah sesuatu di luar jangkauan.

Pada mulanya, Hillary Clinton mendahului sehinggalah Trump memenangi beberapa buah negeri untuk menguasai White House.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun terpalit dengan identiti yang rasis dan xenofobia, masih, beliau mampu memenangi hati rakyat Amerika dengan tagline beliau yang berbunyi “Make America Great Again!”

Ucapan Trump

Ini 2 perkara anda boleh jangkakan berlaku di Malaysia, atau kepada rakyat Malaysia:

1. Muslim tidak dibenarkan masuk Amerika buat sementara waktu

Hillary Clinton. Via Politico
Hillary Clinton. Via Politico

Pada 7 Disember 2015, Donald J Trump menyeru Amerika Syarikat untuk menghalang penganut agama Islam memasuki negara mereka sehingga mereka ‘memahami apa yang sedang berlaku’.

Saranan ini dibuat setelah berlaku serangan pengganas di San Bernardino, California.

Pada September 2015, Trump mengumumkan “I love the Muslims”, tetapi tidak lama kemudian meminta agar pengkalan data dibuat untuk mengenal pasti penganut agama Islam di Amerika setelah berlaku serangan pengganas di Paris.

Pertubuhan Muslim, Yahudi dan Kristian di Amerika bersama-sama menentang idea gila ini.

2. Kurang campur tangan Amerika di Laut China Selatan

Lu Kang, jurucakap kepada Kementerian Luar Negeri negara China berkata, “Kami berharap akan bersama-sama membina hubungan dua hala yang sihat dan stabil dengan kerajaan baru Amerika Syarikat, untuk kebaikan kedua-dua buah negara.

KAPAL PERANG FILIPINA YANG BERKARAT DAN TELAH DIGUNAKAN SEJAK PERANG DUNIA KEDUA, DILETAKKAN DI SECOND THOMAS SHOAL, YANG JUGA DITUNTUT OLEH CHINA. BBC
KAPAL PERANG FILIPINA YANG BERKARAT DAN TELAH DIGUNAKAN SEJAK PERANG DUNIA KEDUA, DILETAKKAN DI SECOND THOMAS SHOAL, YANG JUGA DITUNTUT OLEH CHINA. BBC

Pegawai-pegawai kerajaan negara China bimbang dengan ketidaktentuan pentadbiran Trump, tetapi berkata sekiranya Hillary Clinton terpilih, Amerika Syarikat akan lebih agresif terhadap Beijing terhadap isu Laut China Selatan.

Baca penulisan kami tentang pencerobohan China dan provokasi US di link bawah.

BACA: Pencerobohan China Dan Provokasi US Di Laut China Selatan

3. Perjanjian Trans-Pasifik

Dalam satu ucapan lain, Trump berkata Amerika Syarikat perlu “fix our own mess” (memperbaiki masalah sendiri) sebelum cuba mengubah negara lain.

Protest TPPA di Malaysia. Via Hakam
Protest TPPA. Via Hakam

Beliau bukan peminat kepada perjanjian perdagangan antarabangsa.

Trump memanggil Perjanjian Trans-Pasifik (TPP) sebagai punca kematian industri pembuatan di Amerika.

Walaupun China bukanlah salah seorang peserta di dalam perjanjian itu, Trump mengingatkan bahawa Beijing mungkin akan memanipulasi melalui ‘jalan belakang’.

Ketika di St. Clairsville, Ohia, Trump berkata perjanjian itu adalah ‘continuing rape of our country’.

Trump juga berkali-kali mengingatkan risiko negara China terhadap Amerika. Sekiranya beliau mengambil keputusan untuk mengenakan tariff 45% terhadap produk dari China, risiko perang perdagangan di antara dua negara ini amat besar.

Perkara Lain Tentang Trump

Trump dikenali sebagai seorang yang rasis terutamanya kepada mereka yang berkulit hitam dan berbangsa Latin. Beliau berjanji untuk membina tembok di sempadan Mexico.

Beliau juga mempersoalkan komitmen Washington terhadap NATO, mengurangkan bantuan antarabangsa, memuji Vladimir Putin, merancang untuk membatalkan perjanjian perdagangan antarabangsa yang lain dan memberi cadangan kepada sekutu Asia untuk membangunkan senjata nuklear sendiri.

Respon Najib Razak

Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia adalah merupakan di antara pemimpin terawal yang memberi ucapan tahniah kepada Trump.

“Seluruh dunia menyaksikan pilihan raya presiden tahun ini dengan takjub,” katanya.

“Di setiap penjuru, ulasan-ulasan media terbukti salah dan keputusan yang diharapkan oleh pakar-pakar ternyata tidak berlaku. Donald Trump adalah seorang ‘orang luar’ ketika pencalonannya diumumkan. Beliau mencabar konsensus ramai dengan memenangi pencalonan Republican, dan melakukannya sekali lagi dengan kemenangannya hari ni. Kejayaan Trump menunjukkan bahawa ahli politik tidak boleh mengambil mudah akan kuasa pengundi.”

Respon Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia

Via AFR
Najib Razak dan Obama. Via AFR

Ketika acara live pemerhatian pilihan raya di Hotel JW Marriot Kuala Lumpur, Pemangku Duta Amerika Syarikat Edgard Kagan berkata, “Hubungan dua hala US-Malaysia menjadi semakin baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ia adalah bukti kepada perhubungan yang kuat antara negara, hubungan rakyat dengan rakyat, dan kepentingan bersama yang memacu kedua-dua pihak.”

Lautan yang belum diduga

Persoalannya, adakah kemenangan Donald J Trump sebagai presiden Amerika Syarikat yang terbaru memberi kebaikan atau keburukan kepada Malaysia dan rakyatnya?

Via NY Times
Make America Great Again. Via NY Times

Dengan sikap dan janji Trump yang berubah-ubah masih terlalu awal untuk menduga apakah beliau akan meneruskan dengan apa yang telah beliau ucapkan, atau mengubah hala tuju perjalanan politiknya 180 darjah.

Bursa saham Amerika juga menyaksikan Dow Jones Industrial Average jatuh sehingga 600 mata hari ini.

Theo, seorang rakyat Amerika memanggil keputusan hari ini sebagai ‘takut dan merisaukan’.

Dan, Malaysia sebagai sebuah negara yang menerima impak daripada Amerika Syarikat juga harus berhati-hati menelusuri lautan yang belum diduga ini.

BACA: 7 Persediaan Yang Boleh Dilakukan Usahawan Dalam Menghadapi TPPA