Pada tahun 2021 lalu, Malaysia berdepan dengan rekod jenayah siber setinggi 20,000 yang membawa kerugian kepada RM560 juta.

Menerusi tinjauan Suruhanjaya Sekuriti (SC), sepanjang tahun ini masih terdapat juga beberapa kes serangan jenayah siber berprofil tinggi yang berlaku seperti pencerobohan data iPay88 dan AirAsia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: SAYS

Hal ini sekaligus memperlihatkan risiko ancaman siber semakin melonjak pada era ini. Antara kes jenayah siber lain yang turut menjadi perhatian termasuklah dakwaan ketirisan data peribadi melibatkan 22.5 juta rakyat Malaysia menerusi platform myIDENTITI.

Serangan sedemikian sememangnya membawa kepada kerugian malahan menggugat imej firma-firma yang terlibat. Malah, banyak pihak mula meragui tahap keselamatan siber di Malaysia secara tidak langsung.

Dalam mengatasi masalah serangan daripada berterusan, SC juga berhasrat untuk mengeluarkan Rangka Kerja Pengawalseliaan baharu mengenai Pengurusan Risiko Teknologi menjelang awal tahun depan.

Rangka kerja ini berperanan meningkatkan ketahanan pasaran modal dengan mengesan serta mengurangkan risiko yang hadir bersama teknologi baharu. Dengan langkah ini, Malaysia dapat melindungi pelabur dan pasaran negara.