Sudahkan anda merancang percutian untuk tahun 2017 nanti? Jika masih belum, senarai ini mungkin boleh membantu. Baru-baru ini Lonely Planet baru sahaja mengeluarkan senarai 10 destinasi popular yang mesti dikunjugi pada tahun 2017.

Pemilihan ini disenaraikan oleh tim Lonely Planet berdasarkan pengalaman dan tinjau mereka sendiri. Buat pengetahuan anda, setiap tahun Lonely Planet akan mengeluarkan senarai destinasi pilihan terbaik untuk pelancong.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

Untuk berada dalam senarai 10 lokasi terbaik, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Di antara kriteria yang mesti dipenuhi adalah termasuk, kekayaan sejarah sesuatu tempat, perubahan infrastruktur, dan ekonomi negara tersebut.

peru

Destinasi yang dikategorikan sebagai ‘Best In Travel’ biasanya destinasi yang mengalami perkembangan seperti menawarkan tempat-tempat dan perkara baharu yang lebih menarik. Paling membanggakan apabila Malaysia termasuk di antara 10 lokasi popular 2017 dalam kategori ‘Top Regions’.

Choquequirao, Peru menjadi destinasi pilihan pertama dengan menerima kunjungan seramai 3000 pengunjung setiap hari. Manakala Perak, Malaysia pula menduduki tempat ke 9. Di bawah ini merupakan senarai lengkap 10 destinasi popular 2017.

1. Choquequirao, Peru
2. Taranaki, Selandia Baru
3. Açores, Portugal
4. North Wales, Inggris
5. South Australia
6. Aysén, Chili
7. Tuamotu Islands, French Polynesia
8. The Georgia coast, Amerika Serikat
9. Perak, Malaysia
10. Skellig Ring, Irlandia

Sebelum ini Ipoh, Perak pernah disenaraikan dalam 10 bandar wajib dilawati di Asia oleh Lonely Planet. Jadi buat anda yang masih belum merancang ke mana-mana, kami cadangkan Perak destinasi yang mesti anda pergi pada tahun 2017 nanti.

Baca juga: ‘Lonely Planet’ Senaraikan Ipoh Antara 10 Bandar Wajib Dilawati Di Asia

Anda Mungkin Suka