CEO Facebook, Mark Zuckerberg berkata hari ini, beliau dan isteri akan menderma 99 peratus sahamnya untuk "meningkatkan potensi manusia dan mempromosi hak sama rata untuk semua kanak-kanak generasi masa akan datang." Ketika ini saham beliau bernilai $45 bilion (RM180 bilion).

max-chan-zuckerberg

Ikrar beliau ditulis dalam satu warkah surat untuk anak perempuannya yang baru dilahirkan, Maxima Chan Zuckerberg (nama panggilan Max). Pada bulan November, Zuckerberg mengumumkan beliau merancang untuk mengambil cuti paternity selama 2 bulan selepas kelahiran anaknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

"Ibu dan ayah hilang kata-kata untuk menggambarkan peluang yang anakanda berikan kepada kami untuk masa hadapan," tulis Mark dalam suratnya.

"Hidup anakanda penuh dengan potensi, dan kami berharap anakanda membesar dengan sihat dan gembira untuk terus menerokai kehidupan. Anakanda telah memberi kami sebab untuk memikirkan tentang dunia bagaimana kami mahu anakanda hidup. Seperti ibu bapa lain, kami mahu anakanda membesar dalam dunia yang lebih baik daripada apa yang kami diami sekarang."

" Oleh kerana anakanda adalah pemula generasi keluarga Chan Zuckerberg, kami juga akan memulakan 'Chan Zuckerberg Initiative' untuk membantu meningkatkan potensi hidup manusia dan mempromosi hak sama rata semua kanak-kanak dalam generasi masa hadapan. Fokus permulaan inisiatif ini termasuklah pembelajaran mengikut keperluan peribadi, menghubungkan orang ramai dan membina masyarakat yang kukuh."

Chan Zuckerberg Initiative adalah sebuah organisasi baru yang ditubuhkan sebagai syarikat liabiliti terhad yang dikawal oleh Mark Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan. Zuckerberg akan terus mengawal selia saham beliau. Zuckerberg dan Chan merancang untuk membiayai organisasi kebajikan, membuat pelaburan swasta dan mengambil bahagian dalam perbahasan dasar negara, Facebook berkata dalam satu kenyataan media. Keuntungan daripada pelaburan syarikat-syarikat akan digunakan untuk membiayai kerja-kerja yang menyokong misi organisasi ini, kata syarikat itu lagi.

Zuckerberg akan terus mengawal pegangan saham beliau. Keuntungan jualan saham selepas cukai akan digunakan untuk "menyokong misi Chan Zuckerberg Initiative". Jualan ini tidak akan memberi kesan terhadap status Mark Zuckerberg sebagai pemegang saham utama Facebook dalam masa terdekat, kerana Zuckerberg komited untuk menjual kurang daripada $1 bilion saham Facebook setiap tahun, dalam jangka masa 3 tahun.

Ini hanyalah salah satu usaha filantropi Mark Zuckerberg. Semalam Zuckerberg, Bill Gates dan CEO-CEO syarikat teknologi lain bekerjasama untuk memulakan Breakthrough Energy Coalition yang menyediakan dana pelaburan terhadap pencipta-pencipta teknologi tenaga "zero-carbon" di seluruh dunia. CEO-CEO lain termasuklah Richard Branson, Jeff Bezos dan Masayoshi Son.

A few weeks before Max’s birth, Priscilla and Mark took a morning to reflect and record their hopes for their daughter and all children of her generation.

Posted by Chan Zuckerberg Initiative on Tuesday, December 1, 2015

Surat Mark Zuckerberg untuk anak perempuannya boleh dibaca di sini.

BACA: Mark Zuckerberg Pernah Menolak Tawaran Bernilai USD 15 Billion. What?

BACA: Sekolah Alaf Baru, AltSchool, Menerima Suntikan Modal USD $100 Juta Daripada Mark Zuckerberg

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber