Apple Malaysia baru-baru ini mengumumkan iPhone SE akan mula dijual secara rasmi pada 13 Mei ini. Nampaknya Maxis antara telco yang terawal untuk menawarkan pelan buat telefon terbaru daripada Apple ini. Apa yang lebih menarik, pelan Zerolution yang ditawarkan Maxis membolehkan anda mendapatkan iPhone SE dengan bayaran RM45/sebulan.

Harga rasmi buat iPhone SE yang akan hadir dengan dua variasi storan berbeza iaitu 16GB dan 64GB ini akan mula dijual dengan harga RM1949 dan RM2499 berdasarkan harga tanpa kontrak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen Shot 2016-05-05 at 3.38.57 PM

Melalui pelan Maxis Zerolution anda berpeluang untuk mendapatkan Apple iPhone SE 16GB dengan harga serendah RM45/sebulan beserta kontrak 24 bulan terikat dengan pelan MaxisONE Plan 128 dan keatas. iPhone 64GB pula boleh didapati dengan harga serendah RM66/sebulan beserta syarat yang sama.

Anda juga diberi pilihan untuk mendapatkan pelan insuran daripada Maxis dengan harga RM23/sebulan bagi mendapatkan penjagaan iPhone SE anda daripada sebarang kerosakan atau kecurian.

Jika anda seorang yang kerap menukar telefon pintar anda, Maxis juga menawarkan pelan Zerolution upgrade dimana anda hanya perlu menambah RM20/sebulan dan seterusnya anda berpeluang untuk menukar telefon pintar anda kepada telefon pintar terbaru pada tahun hadapan. Berikut merupakan rajah pembayaran pelan tidak termasuk langganan pasca bayar.

iPhone SE 16GB

Screen Shot 2016-05-05 at 3.10.06 PM

iPhone SE 64GB

Screen Shot 2016-05-05 at 3.24.31 PM

Melalui pelan pasca bayar yang ditawarkan, MaxisONE Plan 128 (RM128/sebulan) menawarkan panggilan dan SMS tanpa had serta qouta tambahan sebanyak 10GB manakala MaxisONE Plan 158 dan 188 hadir bersama qouta 15GB dan 20GB.

Berikut merupakan pelan Maxis One Plan buat iPhone SE:

iPhone SE 16GB – kontrak 12 bulan

iValue Simple – RM1,749
iValue 1 – RM1,365
iValue 2 – RM1,200
iValue 3 – RM915

iPhone SE 64GB – kontrak 12 bulan

iValue Simple – RM2,174
iValue 1 – RM1,790
iValue 2 – RM1,625
iValue 3 – RM1,340

iPhone SE 16GB – kontrak 24 bulan

MaxisONE 128 – RM895
MaxisONE 158 – RM895
MaxisONE 188 – RM895
iValue 1 – RM1,065
iValue 2 – RM735
iValue 3 – RM165

iPhone SE 64GB – kontrak 24 bulan

MaxisONE 128 – RM1,320
MaxisONE 158 – RM1,320
MaxisONE 188 – RM1,320
iValue 1 – RM1,490
iValue 2 – RM1,160
iValue 3 – RM590

Anda boleh membuat tempahan melalui online seawal hari ini dan dijangka iPhone SE akan tiba seawal minggu depan, 13 Mei 2016. Untuk makluman lanjut, anda boleh layari laman Maxis iPhone SE.

Sumber