Kawah Ijen adalah antara salah satu destinasi pelancongan yang unik terletak di Jawa Timur, Indonesia. Meskipun tempat ini tidak popular di kalangan pelancong Malaysia, ini tidak bermakna ia tidak berbaloi dikunjugi. Menurut mereka yang sudah pernah ke sana, Kawah Ijen digambarkan sebagai tempat unik yang menyimpan sebahagian daripada ribuan keindahan alam yang mempersonakan di Indonesia.

Lebih tepat, Kawah Ijen merupakan sebuah kawah yang terletak di puncak Gunung Ijen iaitu salah satu daripada gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Kali terakhir Gunung Ijen meletus adalah pada tahun 1999. Menariknya, Kawah Ijen disifatkan sebagai tasik paling berasid di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan itu sahaja, Kawah Ijen juga merupakan tempat perlombongan sulfur yang memiliki kandungan sulfur yang cukup tinggi dan sering melepaskan gas vulkanik bersama bau yang kurang menyenangkan. Memiliki air cantik berwarna biru kehijauan, ia pasti menarik perhatian lensa untuk membidiknya. Namun harus diketahui, air tersebut merupakan air belerang dengan kepanasan yang boleh mencapai sehingga 200 darjah celcius. Jadi, jangan cuba menanam impian untuk mendekati kawah ini.

kawah ijen
Gambar: Flickr

Blue Fire

Tarikan Kawah Ijen yang sebenarnya adalah pada api-nya. Akibat daripada kesan air belereng yang mengalir serta gas vulkanik yang merbahaya keluar tanpa henti, ia membentuk satu fenomena semula jadi dan menghasilkan api berwarna biru. Dan fenomena ini cuma ada dua sahaja di dunia iaitu di Iceland dan Jawa Timur, Indonesia. Buat anda yang tidak berkesampaian melihat fenomena ‘Blue Fire’ di Iceland, usah risau, masih ada harapan di Indonesia.

Bagaimana Nak Ke Sana

Buat pengembara tegar, Kawah Ijen patut berada di dalam senarai destinasi yang wajib dilawati walaupun cuma hanya sekali seumur hidup. Baik di sini kami sertakan panduan dan rujukan paling mudah buat mereka yang mahu ke Kawah Ijen.

Gunung Ijen terletak di perbatasan antara Kabupaten Banyuwangi dan Kabupaten Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Lapangan terbang paling dekat dengan kawasan ini adalah Lapangan Terbang Surabaya. Dari lapangan terbang, anda boleh memilih untuk menaiki bas dengan jarak perjalan sekitar 10 jam atau 9 jam dengan menaiki kereta api untuk sampai ke Banyuwangi.

Sebaik sampai di Banyuwangi, anda boleh menyewa kenderaan yang menawarkan perkhidmatan untuk ke Kawah Ijen. Terdapat banyak kerete sewa, baik kereta biasa, pacuan empat roda (4×4) atau motosikal. Tetapi disarankan memilih kenderaan jenis pacuan empat roda (4×4), sebabnya, jalan ke kawasan ini agak ekstrim. Selepas itu, anda perlu berjalan kaki sejauh 8km untuk sampai ke  Pos Paltuding, iaitu titik permulaan ke Kawah Ijen.

Kawah Ijen
Gambar: Flickr
2
Gambar: Flickr

Sisi Gelap Kawah Ijen

Di sebalik keindahan memukau yang menyimpan fenomena alam yang luar biasa, tempat yang menjadi buruan para pengembara ekstrim untuk menimba pengalaman ini juga sebenarnya merupakan tempat pekerjaan yang paling buruk di Asia. Tahukah anda, pelombong di sini terpaksa bergadai nyawa hanya untuk sesuap nasi?

Bayangkan, untuk sampai ke sini sahaja anda terpaksa berjalan kaki sepanjang 8 km. Namun bagi pekerja di lombong ini, ia merupakan runtin biasa buat mereka. Lebih sadis, perkerjaan melombong sulfur ‘merbahaya’ ini harus mereka lakukan seawal pagi.

Seperti yang diterbitkan di laman web Chanel News Asia, para pekerja di sini terpaksa memulakan pekerjaan ketika hari masih gelap iaitu seawal jam 2 pagi bagi mengelak cuaca yang panas terik. Tugas mereka adalah untuk mengekstrak sulfur berwarna kuning yang terhasil secara tidak henti di tepi kawasan tasik dan membawanya ke atas.

3
Gambar: Flickr
4
Gambar: Flickr
Kawah Ijen
Gambar: Flickr

Tidak hanya itu, segala kerja-kerja melombong serta memecahkan sulfur ini dilakukan secara manual tanpa bantuan mesin termasuk memikul sulfur yang kadang-kala boleh mececah berat sehingga 80 kg di atas bahu. Permukaan jalan yang tidak rata dan kawasan curam menyebabkan perkerja di sini terpaksa menanggung risiko untuk berlakunya kemalangan jiwa yang boleh terjadi pada bila-bila masa.

Menurut salah seorang pekerja di sini, rasa sakit di bahagian pinggang dan bahu menambahkan lagi derita pekerjaan mereka. Itu belum lagi bila cuaca buruk. Apabila hari hujan, pekerjaan mereka akan bertambah sukar. Mereka terpaksa berhadapan dengan jalan licin, asap tebal diikuti angin yang membawa toksik. Ini menyebabkan mata serta hidung mereka terasa pedih, kadang-kadang boleh membawa muntah dan mengalami rasa sakit di bahagian dada.

go
Gambar: Flickr

Menjadi pelombong sulfur di sini bukanlah satu pekerjaan yang mudah, jika diberi pilihan pasti tiada siapa yang sanggup. Kesan daripada menyedut asap sulfur setiap hari menyebabkan gigi mereka terhakis. Ini kerana ia mengadungi asid yang sangat tinggi. Namun begitu, rata-rata pekerja di sini tidak menghiraukan tahap kesihatan mereka. Menurut Yatim iaitu selaku pelombong sulfur di sini, beliau telah menjalani pemeriksaan kesihatan pada paru-paru dan tiada apa yang perlu dirisaukan.

Dari segi bayaran gaji pula, Al-Jazeera melaporkan, purata seorang pekerja boleh mendapat bayaran sebanyak 6 USD (untuk setiap 100 kg) setiap hari iaitu lebih kurang RM25.00 sehari. Dalam kiraan kasar, jika setiap pelombong mampu bekerja penuh setiap hari selama sebulan dengan hasil lombongan seberat 100 kg sehari, mereka akan dibayar sebanyak RM750.00 sebulan.

Satu nilai yang terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan tugas serta risiko yang terpaksa mereka hadapi setiap hari.

BACA JUGA: Tempat Cantik Ini Bukan Di Afrika, Tetapi Di Jawa Timur Indonesia Saja