Jika kita ada wira legenda seperti Badang, Indonesia juga mempunyai wira yang hebat. Inilah masanya untuk kita mengenali seorang wira yang sangat terkenal di Indonesia, Wiro Sableng!

Wiro Sableng: Pendekar Kapak Maut Naga Geni 212 adalah adapatasi daripada novel terkenal di Indonesia yang ditulis oleh Bastian Tito. Siri ini sudah diadaptasikan kepada siri TV satu ketika dahulu namun sudah tiba masanya untuk siri ini keluar dan diperkenalkan ke seluruh dunia dalam bentuk filem pula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Wiro Sableng 212

Tahukah anda ini merupakan filem adiwira pertama Indonesia mendapat kerjasama 20th Century Fox? Jika 20th Century Fox mahu bekerjasama untuk projek ini, Wiro Sableng semestinya sebuah karya yang perlu ditonton dan setaraf produksi luar negara!

Wiro Sableng: Pendekar Kapak Maut Naga Geni 212 akan mengisahkan seorang wira yang akan menjalankan misi mengalahkan anak buah gurunya yang berpaling tadah. Dari situ Wiro berkelana dan bertemu rakan-rakan yang akan membantu beliau menyelesaikan misi yang diberi.

Filem ini diarah pengarah Angga Dwimas Sasongko, ditulis oleh Sheila Timothy, Tumpal Tampubolon dan Seno Gumira Ajidarma. Antara pelakon ternama yang terlibat dalam filem ini adalah Vino G. Bastian, Yayan Ruhiyan, Sherina Munaf, Fariz Alfarazi, Marsha Timothy dan Ruth Marini.

Vocket Premiere ‘Wiro Sableng: Pendekar Kapak Maut Naga Geni 212’
Lokasi: GSC 1 Utama
Tarikh: 25 September 2018 (Selasa)
Masa: 8.45PM

1. Ikuti laman 20th Century Fox Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #SiapSablengMY dan #VocketPremiere pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua tiket ke tayangan filem ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 September 2018 6.00 petang (Ahad). Pemenang akan dihubungi pada 24 September 2018 2 petang (Isnin).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Semoga berjaya!

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia’

https://youtu.be/SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

Guns

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana.