Syarikat dan platform crowdfunding hartanah Australia yang tersenarai di bursa saham, CoAssets akan menganjurkan Expo for Property Investing & Crowdfunding (Epic) yang julung kali diadakan pada 24 dan 25 Oktober di Hotel JW Marriott Hotel di Kuala Lumpur.

“Konsep crowdfunding hartanah adalah hampir sama dengan Kickstarter,” Ketua Pegawai Eksekutif CoAssets Getty Goh berkata.

coassets-goh

smh.com.au

“Ia akan membawa sekumpulan orang daripada latar belakang berbeza, melalui internet, untuk membiayai satu projek yang sama. Walau bagaimanapun, tidak seperti Kickstarter, projek-projek dalam laman web crowdfunding hartanah adalah untuk membiayai projek hartanah, dan pembiaya akan mendapat pulangan kewangan.”

Pada masa ini, CoAssets tidak mempunyai lesen untuk beroperasi di Malaysia tetapi sedang dalam proses permohonan. Sekarang, mereka sedang merangka strategi untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang crowdfunding hartanah.

Antara penceramah lain yang akan bercakap dalam sidang Epic adalah usahawan Bryan Chung daripada PropellarCrowdPlus, sebuah laman web crowdfunding Malaysia, dan Elizabeth Siew, seorang peguam dari Iqbal, Hakim, Sia & Voo. Juga, akan berucap pada majlis itu ialah Au Foong Yee, Pengarah Urusan The Edge Communications, yang akan bercakap mengenai “Kuasa data dan penyelidikan dalam membuat keputusan pelaburan”.

“Ini adalah inovasi internet yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pelabur dan pemaju,” kata Goh.

Ditanya mengenai sama ada crowdfunding hartanah memberi hasil terbaik dalam pasaran yang perlahan atau yang pesat membangun, Goh berkata, “Crowdfunding hartanah adalah satu perniagaan yang evergreen kerana pemaju sentiasa perlukan dana untuk membiayai projek. Secara khusus, segmen sasaran kami adalah pemaju yang sedang menghadapi ‘jurang pembiayaan’.”

Bank Dunia mendapati, perniagaan sukar untuk mendapatkan pembiayaan bagi projek-projek bernilai di antara S$1 juta (RM3.06 juta) sehingga S$5 juta (RM15.3 juta) kerana ia “terlalu kecil bagi bank untuk menjadikannya transaksi bisnes yang berbaloi,” kata Goh.

Berbanding dengan amanah pelaburan hartanah, crowdfunding hartanah membantu pemaju dalam jurang pembiayaan, kata Goh, sedangkan REIT adalah entiti yang disenaraikan di bursa yang memiliki dan mengendalikan harta yang menghasilkan pendapatan.

“Walaupun pelabur boleh melabur dalam crowdfunding dan REIT, segmen pasaran dua instrumen ini adalah agak berbeza,” katanya. CoAssets mempunyai operasi di Singapura, Australia, China dan Indonesia.

BACA: Suami Isteri Ini Sanggup Kekal Memandu Kancil Demi Menambah Nilai Hartanah Mereka

BACA: Ini Adalah Crowd Funding Paling Fun Kami Pernah Tengok Sehingga Mencecah Puluhan Ribu USD!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka