Ben Horowitz adalah salah seorang pengasas bersama Andreessen-Horowitz, salah sebuah firma venture capital (modal teroka) paling berjaya di Lembah Silikon.

Pada minggu lepas, beliau memberi ucapan pembuka sempena majlis graduasi bekas universitinya, Universiti Colombia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berbeza dengan pandangan orang ramai sebelum ini, Ben memberitahu para graduan tentang mengapa mereka tidak boleh mengikut minat mereka dalam alam pekerjaan.

Kata beliau, “Jangan ikuti minat anda, dunia ini tidak akan menjadi neraka dalam sebuah raga dan graduan 2015 tidak bertanggung jawab untuk menyelamatkannya.”

Dan berikut adalah 4 sebab yang beliau berikan mengapa kita tidak patut mengikut minat kita:

Passion atau minat adalah sukar untuk diberi keutamaan.
Adakah anda lebih minat matematik, kejuruteraan, sejarah atau kesusasteraan? Video game atau k-pop? “Sebaliknya, fikirkan di mana kekuatan anda? Itu adalah lebih senang untuk difikirkan,” kata beliau.

Minat berubah.
“Apa yang anda minat pada umur 21 tahun tidak semestinya sama dengan apa yang anda minat pada umur 40 tahun. Ini adalah benar dalam pemilihan teman lelaki dan juga karier.”

Anda mungkin tidak berbakat dalam bidang itu.
“Pernahkah anda menonton American Idol,” tanya beliau. “Hanya kerana anda suka menyanyi tidak bermakna anda harus menjadi penyanyi.”

Ia adalah pandangan yang hanya berpusat pada diri sendiri.
Menurut Ben, “Apa yang kita ambil daripada dunia adalah kurang penting berbanding apa yang kita letakkan (buat) untuk dunia.”

Sebaliknya, cadangan beliau adalah untuk mengikut apa yang kita boleh sumbangkan kepada dunia:

“Follow your contribution. Find thing you’re great at, put that into the world. Contribute to others. Help the world be better.”

“That is the thing to follow.”

Ikuti sumbangan anda. Cari perkara yang anda kuasai dan letakkannya (buat) ke dalam dunia. Beri sumbangan kepada orang lain. Bantu jadikan dunia ini menjadi lebih baik.

Dan itu adalah perkara yang anda harus ikuti.

Anda boleh menonton video ucapan beliau yang sangat memberi inspirasi ini di bawah:

https://vimeo.com/129140444

BACA: Bagaimana Airbnb Menjalankan Bisnes Di Cuba, Negara Tunai Dan Tanpa Akses Internet?

BACA Lagi: Uber Berusia 5 Tahun Semalam Dan Ini Bagaimana Mereka Menguasai Pasaran Dunia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram