Sebelum ini tular rakaman video pendek di mana satu konvoi polis memotong di garisan berkembar sehingga mengundang kecaman seluruh warganet.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan video kejadian yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu berlaku di Jalan Gua Musang-Kota Bharu di sini baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau menjelaskan kenderaan pengiring tersebut telah memberi amaran atau peringatan secukupnya dengan membunyikan siren dan lampu kecemasan kepada pengguna jalan raya lain.

Tegasnya lagi, kenderaan tersebut mempunyai pergerakan dan arahan yang sah untuk mengiringi ketiga-tiga kenderaan berkenaan.

“Persoalan orang ramai mengenai video yang tular adalah kereta pengiring itu mengundang bahaya. Sebenarnya, kereta pengiring itu menjalankan tugas mengatur dan mengawal mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967 iaitu tugas di jalan awam.

“Ini bermakna, pengguna jalan raya yang lain perlu memberi kerjasama sama ada memperlahankan kenderaan, memberi laluan kepada kereta pengiring atau berhenti bagi mengelakkan sesuatu berlaku.

“Kenderaan pengiring ada peraturan tersendiri malah mereka tidak boleh sewenang-wenangnya kerana sedang bertugas. Saya tidak menyalahkan sesiapa, namun mungkin ramai yang masih keliru dengan perkara tersebut,” jelas beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Beliau turut berharap agar berharap pengguna jalan raya sentiasa memberi kerjasama apabila berdepan dengan kenderaan pengiring polis di jalan raya, ini kerana tugas kenderaan pengiring tidak sama seperti pengguna jalan raya yang lain.

Tidak mahu berlaku pertembungan jadi sebab utama kenapa ambulans ditahan semasa mahu menggunakan laluan yang sama dengan VIP. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Polis Jelaskan Tindakan Tahan Ambulans Adalah Untuk Elak Pertembungan Dengan Konvoi

Ambulans Didakwa Terpaksa Berhenti, Pihak Polis Jelaskan Isu Beri Laluan Pada Konvoi VIP

Sumber