Setiap keluaran Supreme pastinya akan sold out. Untuk barangan yang dilancarkan minggu lepas pula, mesin gunting rambut dengan logo Supreme ini paling cepat habis terjual; dalam masa 7 saat sahaja.

Pembelian secara atas talian ini nyata membuktikan mesin gunting ini antara yang dicari peminat Supreme walaupun ada yang beranggapan apalah yang Supreme fikir untuk hasilkan aksesori ini. Tetapi anda perlu ingat, culture barbershop di Amerika Syarikat dan Eropah sangat besar. Pasti ramai barber yang mendambakan mesin gunting ini. Ada mesin gunting ini, dapatlah menunjuk pada barber yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

barber

Jenama Andis juga merupakan salah satu jenama mesin gunting terbaik yang banyak digunakan di salon. Harganya pula cuma USD (lebih kurang RM400) satu set tetapi sudah pun mula dijual kembali di lama Ebay dengan dua kali harga asal. Ada pun yang sudah meletakkan harga 6 kali ganda daripada harga asal! Ada antara anda yang sempat untuk membuat pembelian dalam mana-mana produk Supreme minggu lalu?

BACA: 8 Tip Untuk Membeli Barangan Laku Keras ‘Supreme’ Di Negara Jepun