Walaupun sudah banyak kali berita mengenai Nissan GT-R R35 bakal ditamatkan, bagaimanapun model ‘supercar-killer‘ itu seperti sukar untuk ‘dimatikan’ begitu sahaja. Pada awal pagi tadi Nissan telah melancarkan dua model facelift kereta tersebut di acara tahunan Tokyo Auto Salon.

Nissan GT-R Premium Edition T-spec dan Nissan GT-R NISMO Special Edition merupakan dua varian terbaharu yang ditawarkan untuk pasaran Jepun. Model 2024 dirancang untuk memasuki pasaran pada musim bunga akan datang dan akan disertai oleh versi NISMO, yang dirancang untuk dijual pada musim panas nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Syarikat Jepun itu masih mengekalkan rekaan yang digunakan sejak 2007 lagi, namun terdapat beberapa perubahan pada bahagian bumpar hadapan serta belakang, diffuser dan tambahan trim.

Bahagian spoiler turut direka semula, bagi varian GT-R NISMO ia menggunakan jenis ‘swan-neck’ seperti Porsche 911 (992) GT3. Manakala GT-R 2024 pula mempunyai spoiler yang lebih ‘tajam’ bentuknya.

Nissan GT-R NISMO Special Edition | Sumber Gambar: Nissan

Menurut Nissan, rekaan model 2024 ini bukan sekadar perubahan astetik, mereka mendakwa rekaannya membantu aerodinamik dan menambah downforce ‘supercar-killer’ tersebut.

Dari segi prestasi pula, Nissan mengesahkan ia masih menggunakan enjin yang sama seperti model yang dilancarkan pada tahun lalu.

Nissan GT-R Premium Edition T-spec | Sumber Gambar: Nissan

Enam varian Nissan GT-R 2024 yang menggunakan enjin VR38DETT, V6 twin-turbo charged DOHC adalah GT-R Pure edition, Black edition, Premium edition, Premium edition T-spec, Track edition engineered by NISMO dan Track edition engineered by NISMO T-spec.

Manakala varian GT-R NISMO dan GT-R NISMO Special edition pula menggunakan enjin VR38DETT (NISMO special tuning), V6 twin-turbo charged DOHC.

Interior Nissan GT-R NISMO Special Edition | Sumber Gambar: Nissan

Dalam pada itu, anda lihat rekaan kerusi varian GT-R NISMO, ia sudah mula gunakan kerusi Recaro carbon fiber yang mempunyai rekaan seperti yang ada pada supercar buatan Itali.

Nissan turut menawarkan beberapa warna eksklusif Millennium Jade dan Midnight Purple bagi varian GT-R T-Spec dan Stealth Grey pula untuk varian NISMO.

Ramai yang tertanya-tanya bilakah model GT-R R36 akan dilancarkan pula? Nissan tidak memberikan tempoh yang tepat, bagaimanapun syarikat Jepun itu memberikan gambaran GT-R versi hibrid/elektrik bakal ‘mengejutkan’ dunia sekitar 2028-2030 akan datang.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sumber