Model yang berjaya keluar daripada kebiasaan Apple serta hadir tanpa home button ini nampaknya bakal diumumkan dengan beberapa model terbaru pada tahun ini.

Berdasarkan laporan daripada Bloomberg, sebanyak tiga model terbaru bakal diumumkan Apple pada tahun ini. Seperti pada tahun lalu, sebanyak tiga model dengan saiz skrin berbeza bakal diumumkan pada tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang menarik perhatian ramai pada minggu ini adalah tertirisnya gambar model iPhone X yang dilihat dengan saiz yang lebih besar. Perkara ini sekaligus mengesahkan Apple sedang membangunkan Apple iPhone X Plus yang mungkin hadir dengan skrin bersaiz 6.5-inci.

Dari segi perubahan lain, kemungkinan model iPhone terbaru daripada Apple bakal hadir dengan perubahan dari segi peningkatan RAM sebesar 4 GB dan saiz notch yang bakal dikecilkan berbanding model sebelumnya.

Selain itu, dikhabarkan Apple bakal turut melancarkan Apple iPhone SE versi terbaru. Pengguna boleh menjangkakan harga yang diumumkan tidaklah terlalu tinggi berbanding model iPhone X. Penggunaan skrin LCD sekaligus membolehkan model ini dijual dengan harga yang sedikit rendah.

gsmarena_001

Melihat kepada harga penawaran Apple iPhone X pada awal pelancaran dengan harga mencecah RM5,000, tidak mustahil model terbaru Apple yang hadir dengan saiz skrin yang lebih besar ini bakal diumumkan dengan tanda harga yang lebih tinggi.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Apple iPhone X dengan harga promosi beserta diskaun 50% untuk pembelian Apple AirPods, anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

Baca lagi: Apple iPhone Ditawarkan Dengan Harga RM200 Melalui Jualan Gudang Switch

Sumber