Setelah berjaya menambat hati peminat setia G-Shock ketika pengumuman model ini pada bulan Mac yang lalu, model logam jam ikonik G-Shock akan mula dijual di Malaysia bulan hadapan.

Menurut Casio Malaysia, jam ini memang sangat dicari oleh peminat G-Shock di Malaysia dan akan dijual dengan kuantiti yang terhad. Untuk membolehkan anda berpeluang untuk membeli jam tangan ini, anda perlu ikuti terma dan syarat yang ditetapkan oleh Casio Malaysia di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BkjLizHn7Q5/?tagged=gmwb5000

Terdapat 4 model yang anda boleh pilih; (GMW-B5000-1D (8 unit), GMW-B5000D-1D (44 unit), GMW-B5000TFG-9DRM (24 unit) dan GMW-B5000TFC-1D (7 unit). Setiap model bakal dijual pada harga bermula RM2,099 sehingga RM4,433 bergantung kepada model yang anda mahu.

Dengarnya di luar negara sendiri model ini sukar untuk dijumpai. Jadi jika anda peminat setia G-Shock dan mahukan model yang lari dari sisi biasa G-Shock, jam tangan ini untuk anda. Pastinya pelaburan untuk membeli jam tangan ini berbaloi.