Mayonnaise atau mayo ini merupakan sos berkrim yang digunakan sebagai pengiring bagi menambah kesedapan makanan. Ia biasanya berwarna putih, krim atau kuning pucat. Teksture mayonnaise yang tebal, dan berkrim itu distabilkan dengan emulsi minyak, telur kuning dan cuka/jus lemon. Ia boleh diperasakan dengan rempah-ratus dan herba.

Sebenarnya amat mudah untuk kita buat mayonnaise sendiri di rumah. Anda hanya perlukan:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahan:

  • 2 biji telur kuning
  • 1 sudu besar dijon mustard
  • 2 sudu besar cuka
  • sedikit garam
  • 500ml minyak masak

Cara penyediaan:

    1. Asingkan kuning telur daripada putih telur.
    2. Tambah dijon mustard untuk beri rasa dan warna.
    3. Kemudian, pukul campuran itu sambil memasukkan minyak secara berperingkat.
    4. Pastikan minyak tidak diletakkan terlalu banyak dalam satu masa kerana ia akan merosakkan struktur tekstur mayonnaise.
    5. Tambah sedikit garam dan cuka. Kacau lagi.
    6. Kacau sehingga tekstur mayonnaise konsisten dan semuanya bergabung bersama.

    Jika guna alat food mixer, proses ini boleh disegerakan dan jimat lebih banyak masa seperti Gordon Ramsay ini:

    Selepas ini anda boleh mencuba buat mayonnaise di rumah dan dapat jimatkan lebih wang sambil berpuas hati mencipta mayonnaise sendiri.

    Selamat mencuba!

    Anda pasti mahu mencuba ini juga:

    Mudahnya buat ais krim sendiri di rumah
    Mudahnya buat mentega segar sendiri

     

    LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram