Berikutan kejayaan filem Munafik 2 yang memberansangkan, filem tersebut sudah menjadi mangsa cetak rompak apabila filem tersebut dirakam secara haram dan mula dikongsi di media sosial secara berleluasa.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Menurut Syamsul Yusof, rakaman filem yang disebarkan itu milik akaun yang dipercayai warga Indonesia merakam filem tersebut di pawagam Malaysia.

Syamsul Yusof memberikan amaran kepada individu tersebut, dan jika individu tersebut tidak memadam video tersebut, beliau akan mengambil tindakan terhadap individu yang merakam dan menyebarkan filem tersebut secara haram.

View this post on Instagram

Hati2 kalau nak upload/share filem MUNAFIK 2 yg masih lagi tayang dipawagam.Takut nanti surat lawyer sampai depan rumah. Bukan susah nak trace IP address org yg upload tu.Siap boleh dapat ic no sekali dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) . Kadang2 lepas bagi amaran, mereka trus block sy tapi mereka tak tahu team sy lagi 20 org boleh tengok FB/YouTube channel mereka. . Ada yg masih tak faham apa yg mereka buat ni sebenarnya salah besar disisi undang2 Malaysia. . Sila padam video MUNAFIK 2 sebelum IP address anda dikunci. Dengan ini amaran telah diberikan pada anda bertarikh 19 September 2018. Amaran ini akan diguna pakai dimahkamah persekutuan sebagai bukti kukuh jika gagal dipatuhi. . Dakwaan bawah akta hak cipta 1987 Denda 20 Ribu atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. . Video yg melebihi 15 saat telah melanggar Copyright Infringement Law. Jika anda berdegil, syarikat kami akan mengambil tindakan kes keatas anda. Harap maklum. Kasi #share la yer ☝ @maya_karin @cahayaasmawi @fizzfairuzofficial @fauzinawawi_new @nasirbilankhan171960 @norzarasophia #Munafik2

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

Menyebarkan filem tersebut adalah salah dari sisi undang-undang. Anda haruslah berhati-hati dan tidak melakukan perkara yang salah.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia’

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

Guns

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group