Tamadun besi di Kedah.

Beratus-ratus atau mungkin mencecah ribuan tuyère (disebut tuyè, jangan toya sudah) dijumpai di tapak ekskavasi Sungai Batu, Sungai Petani, Kedah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tuyére ini adalah serombong kecil tempat keluarnya udara panas pada relau peleburan bijih besi. Jadi dengan jumpaan sebegitu banyak tuyère ini kita boleh anggar betapa besarnya aktiviti peleburan besi di Sungai Batu pada sekitar 500 SM itu.

Saya pernah terbaca 2 ke 3 tuyère ini dijumpai di Korea Selatan dan terus seluruh kawasan tersebut diistihar sebaga kawasan heritage oleh Unesco. Dipercayai tamadun besi Korea wujud pada abad ke5-6 Masihi. Usaha ekskavasi pun dimulakan dan tuyère ini kini dipamerkan di National Museum, Seoul. Itu baru 2-3 tuyère. Kita ni dah jumpa beratus-ratus tuyère.

Saya difahamkan kawasan-kawasan dan tapak-tapak sejarah di Kedah tidak didaftarkan dengan Jabatan Warisan.

Dengan itu bantuan daripada agensi kerajaan pusat tak dapat disalurkan untuk membantu usaha ekskavasi, baik pulih atau pun research bahan-research atau tapak sejarah di Kedah.

Baca: Malaysia Bakal Rugi Besar Di Masa Depan Jika Tapak Warisan Sejarah Ini Diranapkan

tamadun-kedah-tua-1

tamadun-kedah-tua-2 tamadun-kedah-tua-3

tamadun-kedah-tua-4

Kerajaan negeri Kedah memang tiada peruntukan khusus utk usaha ini. Jika ini benar alangkah malangnya kita.

Sebab itu beberapa tahun lalu ada pemaju yang mengorek sebuah tapak candi purba untuk dibina rumah. Tiada pihak yang mewartakan tapak bersejarah tersebut.

Kalau tuan-tuan ke Sungai Batu, jalanraya yang lebar itu dibina betul-betul di atas tapak sejarah sehingga membahagikan kawasan ekskavasi di kiri dan kanan jalan. Mungkin banyak artifek di bawah jalanraya tersebut.

Demikian sikap kita terhadap tinggalan warisan. Bagaimana nak berhujah dengan ahli sejarah barat kalau mereka kata tamadun kita masih muda, sedangkan bukti tamadun tua kita entah di mana?

Baca lagi: Penemuan Kapal Berusia 2000 Tahun Di Kedah Bukti Kerancakan Industri Besi Melayu Purba