
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sebelum ini rakyat Malaysia berjaya menyumbangkan jumlah tontonan muzik video ‘Falling In Love’ nyanyian Woo Jin Young dan Kim Hyun Soo disebabkan terdapat satu babak yang memaparkan lukisan wajah bekas perdana menteri, Dato’ Seri Najib. Terkini, wajah beliau kembali terpilih untuk dipaparkan dalam salah satu drama terkenal dari Korea Selatan.
Drama bersiri yang berjudul ‘My Secret Terrius’ atau nama lain ‘Terius Behind Me’ kini sedang ditayangkan di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Apa yang menarik perhatian pencinta drama Korea di Malaysia terdapat pada episod ke-9, ada satu babak yang menampilkan wajah bekas perdana menteri Malaysia sebagai visual latar belakang.
Title: Terius Behind Me
Casts: So Jisub, Jung Insun, Son Hojun, Im Semi #내뒤에테리우스 #TeriusBehindMe pic.twitter.com/hg4zLURLMI— WATCH 100 DAYS MY PRINCE YOU COWARD (@eggsoo_) October 12, 2018
Sekelip mata sahaja screenshot babak tersebut menjadi tular di Twitter, lebih-lebih lagi dalam kalangan penonton drama tersebut.
HAHAHAHAHAHAH NAJIB JADI CAMEO 😂😂😂😂😂 pic.twitter.com/kBEByLjaAt
— WATCH 100 DAYS MY PRINCE YOU COWARD (@eggsoo_) October 11, 2018
Tweet tersebut kemudian dibalas oleh pengguna Twitter lain yang turut mengesahkan babak tersebut memang mengandungi wajah bekas Perdana Menteri yang hadir di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan Julai lalu.
So skrg nama drama dia dah bukan Terius Behind Me, skrg dh jadi Najib Behind Me 😂😂😂 https://t.co/IaiaXxWGof
— Dila (@adlhim) October 12, 2018
Okay dah nampak 😂😂😂😂 pic.twitter.com/Sz1NoaXV5H
— Puteri. (@PuteriIzzatiZ) October 12, 2018