Walaupun Nas Daily menimbulkan rasa tidak senang terhadap penduduk Malaysia bulan lalu, Nas tetap Nas Daily yang dahulu. Dalam baharu yang dimuat naik pada hari semalam, Nas mengecam tindakan satu jenama dari Israel yang dilihat mempersendakan wanita bertudung.

Dalam video ‘The Worst Commercial’, beliau nyata tidak setuju dengan mesej yang cuba disampaikan oleh satu jenama pakaian di Israel, Hoodies. Dalam kempen berkenaan, maksud freedom (kebebasan) bagi jenama berkenaan adalah dengan berpakaian kasual tanpa diselubungi tudung atau niqab.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Iklan ini dibintangi oleh supermodel yang berasal dari Israel, Bar Refaeli. Dalam videonya, Nas menerangkan ianya tidak adil untuk berkata wanita bertudung tidak bebas kerana memakai tudung adalah hak dan pilihan setiap wanita. Jenama ini menganggap lebih kurang pakaian anda, lebih ‘freedom’ yang anda akan miliki. Ternyata kempen Hoodies ini membawa padah.

Penduduk Israel sendiri marah dengan iklan berkenaan kerana membandingkan rakyat Israel dengan Iran. Penduduk muslim di Israel khususnya wanita beranggapan iklan berkenaan langsung tidak menghormati agama Islam.

Dalam ruangan komen pada video oleh Nas Daily ini, ramai yang menyokong Nas dan bersetuju kebebasan wanita tidak boleh diukur dengan pakaian yang dipakai. Difahamkan Hoodies telah memadam semua data tentang kempen ini di laman sosial milik mereka. Mereka ‘akur’ dengan desakan orang ramai yang tidak senang dengan kempen berkenaan.

Pengajarannya? Jika membuat sesuatu kempen, pastikan ianya logik dan tidak mengganggu sensitiviti orang lain serta. Jika tidak, backfires kepada jenama anda nanti.