Sebelum ini, ada yang bergaya sebagai T-Rex ketika mahu mengambil vaksin di Borneo Convention Centre Kuching. Hal itu membuatkan ramai orang mula menonjolkan kreativiti mereka dengan pelbagai kostum ke pusat pemberian vaksin (PPV).

Terbaharu, sebuah video tular dimana memaparkan seorang gadis berpakaian seperti hantu pergi ke PPV. Dapat dilihat gadis tersebut memakai pakaian seperti berlumuran darah dan memakai ‘facemask’ yang diletakkan gigi menakutkan seperti hantu serta wajahnya diwarnakan hitam.

@gorongit

nah hantu pun vaksin! kamu yg antivacc tu lebih teruk dari hantu 🤣 crdit to owner video ✨ sumber : whatsappgroup

♬ original sound – Gurangak2.0 – Gurangak2.0

Video tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut melihat gadis itu yang kelihatan menyeramkan. Malah, ada juga netizen yang berasa terhibur melihat penampilan gadis itu.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut berharap agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan keluarkan etika berpakaian selepas ramai orang terlebih kreatif ‘berfesyen’ ke PPV untuk menerima vaksin.

photo_2021-07-30_13-17-52

photo_2021-07-30_13-18-00

photo_2021-07-30_13-18-04

Malah, ada juga netizen berseloroh mengatakan hantu tiada kerja disebabkan itu hadir ke pusat vaksin sekadar mahu menyakat gadis tersebut. Untuk makluman, bekas pesakit COVID-19 kini tidak perlu lagi menunggu selama 3 bulan untuk menerima vaksin dan sebanyak 12,841,212 orang sudah menerima dos pertama vaksin.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel tentang apa yang berlaku di PPV pada pautan di bawah ini.

‘Saya Ingat Semua Tentang Awak’- Perkongsian Detik Jumpa Bekas Suami Di PPV Raih Perhatian Netizen

‘Bergaya’ Sebagai T-Rex Untuk Mengambil Vaksin, Perkongsian Gambar Ini Curi Perhatian Netizen

Video ‘Tour’ Ke Rumah Sebenar Pengabdi Setan Di Indonesia Buat Netizen Seram Sejuk