Baru-baru ini tular video Neelofa dan keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri dan rata-rata netizen mendakwa berlaku pelanggaran SOP kerana dapat dilihat kesemua ahli keluarganya bermaaf-maafan serta berada dalam satu rumah yang sama.

Susulan penularan video tersebut, pihak polis mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Neelofa dan keluarganya dan pihak polis turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Anuar Omar, satu laporan diterima polis membabitkan video tular yang memaparkan Neelofa sekeluarga meraikan Aidilfitri di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Difahamkan, Neelofa dan keluarga telah hadir ke balai polis untuk memberikan keterangan semalam. Kes ini akan disiasat mengikut Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Untuk rekod, sambutan 1 Syawal tahun ini sekali lagi diadakan dalam keadaan negara dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menyaksikan pelbagai syarat ketat dilaksanakan termasuk tiada aktiviti ziarah menziarahi dibenarkan.

Bagi anda yang terlepas berita berkaitan Neelofa dan keluarga beraya sakan, klik sahaja pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Berhimpun Dan Beraya Sakan, Neelofa Sekeluarga Didakwa Langgar SOP Sekali Lagi

Selepas 33 Hari Disiasat, Pasangan Neelofa Dan PU Riz Dikenakan Kompaun RM30,000 Tanpa Diskaun

Sumber