Segalanya ada di China, itu mungkin istilah yang boleh dilemparkan kepada negara unik ini. Negara yang terkenal dengan konsep barangan tiruan ini dahulu pernah membina sebuah bandar sangat mirip seperti Kota Paris yang turut dilengkapi replika Menara Eifel. Walaupun projek Kota Paris tiruan ini pernah gagal dan terbiar kosong tidak berpenghuni, ini tidak bermakna mereka berhenti membuat ciptaan tiruan yang lain.

Mungkin ramai belum tahu, pada tahun lepas China pernah membina gua ais terbesar di negara itu. Ianya terletak di daerah Luyashan Mountain Ningwu, China. Gua ais replika ini dihasilkan menerusi adaptasi  daripada rekabentuk istana Puteri Elsa yang terdapat di dalam cerita dongeng Disney. Menariknya, gua ini dibina sepenuhnya daripada ais dan tidak akan cair walaupun pada musim panas. Memang cool bukan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca: Bandar Di China Ini Di Bina Seperti Kota Paris Tapi Hasilnya Buat Kami Tersenyum. LOL!

gua aiis

Meskipun gua ais ini bukan terbentuk secara semula jadi, namun reka bentuk dalaman gua buatan ini tidak kurang hebatnya dan berbaloi untuk dikagumi. Malah terdapat juga ais di langit gua yang dibentuk seolah-olah titisan air yang membeku bagi menambahkan kesan yang lebih realisitk.

Kalau anda sentiasa mengikut perkembangan negara China, anda tentu perasan mereka akan sentiasa mencuba hasilkan sesuatu yang hebat supaya dikagumi dunia. Jika ia tidak terwujud secara semula jadi, mereka akan membinanya sendiri. Kini, China bukan sahaja memiliki jambatan kaca yang tertinggi dan terpanjang di dunia, malah turut memiliki gua ais tidak tidak akan mencair.

Tonton video di atas untuk lihat apa yang berlaku dalam gua ais tersebut.

Baca juga:  Kemunculan Transformers Versi Raja Monyet ‘Sun Wukong’ Di China