Duit bukan segala-galanya. Negara-negara yang mempunyai keseimbangan kerja-hidup (work-life balance), penjagaan kesihatan dan pendidikan lebih baik, memberi kualiti hidup lebih baik kepada rakyatnya.

Kualiti hidup bukan sekadar tentang berapa banyak duit kita boleh perolehi tetapi juga berapa banyak masa lapang dengan keluarga kita ada, persekitaran yang selamat, akses kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan, serta faktor-faktor lain. Untuk menilai kehidupan terbaik, kita harus mengambil kira lebih daripada faktor gaji dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), walaupun kedua-dua faktor ini adalah penting.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), dalam kaji selidik mereka yang terbaru bertajuk “How’s Life?” menganalisis kualiti kehidupan meliputi 11 faktor dalam 36 buah negara paling kaya dalam dunia. Ia menunjukkan walaupun terdapat korelasi kuat di antara KDNK dan kepuasan hidup, negara-negara kaya juga mempunyai kelemahan dalam menjaga kebajikan rakyatnya. Contohnya, secara keseluruhan, Amerika Syarikat mempunyai tahap kekayaan kewangan yang tinggi, tetapi mencatat markah rendah dalam elemen-elemen seperti keseimbangan kerja-hidup, kemiskinan kanak-kanak, dan keselamatan diri.

Mengambil kira keseluruhan faktor, Australia, Sweden, Norway, Switzerland dan Denmark mencatat markah terbaik manakala Mexico, Turki, dan Chile berada di tangga paling bawah. OECD menyediakan laman web dengan carta interaktif, yang membenarkan anda mengambil kira 11 faktor berdasarkan mana yang anda anggap penting.

11 faktor yang diambil kira adalah: perumahan, pendapatan, pekerjaan, komuniti, pendidikan, alam sekitar, penglibatan sivik, kesihatan, kepuasan hidup, keselamatan, dan keseimbangan kerja-hidup.

Di bawah adalah carta 36 buah negara dengan beberapa faktor diambil kira.

Apabila semua faktor diambil kira.

Negara yang menawarkan gabungan ‘keseimbangan kerja-hidup’ dan ‘kepuasan hidup’ terbaik.

Negara yang menawarkan gabungan ‘pekerjaan’ dan ‘gaji’ terbaik.

Perhatikan, Amerika Syarikat di tangga teratas.

Negara yang menawarkan gabungan ‘perumahan’, ‘pendidikan’, ‘komuniti’ dan ‘servis penjagaan kesihatan’ terbaik.

OECD berkata, secara am, kehidupan adalah semakin baik di negara-negara anggota, kecuali di beberapa negara seperti Greece, Portugal, Sepanyol dan Itali di mana, pendapatan dan kekayaan mereka semakin menurun. Di negara-negara Nordic, mereka bukan sahaja memiliki pendapatan yang tinggi tetapi juga mencatatkan ketidaksamaan jantina dan kumpulan umur yang rendah. Berbanding negara-negara kaya yang lain, negara-negara Nordic menawarkan pengagihan kekayaan yang lebih saksama, kesejahteraan, dan kepuasan hidup.

Dapatkan lebih banyak maklumat di sini.

BACA: Greece Kehabisan Wang Tunai Dan Ini Apa Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

BACA: 24 Sebab Pemuda Ini Lebih Selesa Menetap Di Jepun Berbanding Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber