Sebelum nahas berlaku, krew penerbangan memutuskan untuk tidak menerima permintaan pengawal trafik udara untuk naik dari FL330 (33,000 kaki) ke FL350 (35,000 kaki). Tindakan tersebut adalah adalah satu pertimbangan operasi yang normal.

Terkini: Punca Nahas MH17 Dikemukakan Tetapi Salah Siapa?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sekiranya MH17 naik ke paras 35,000 kaki pada hari kejadian, misil tetap akan meletup dan menyebabkan MH17 jatuh ke bumi. Ini kerana terbang pada salah satu paras ketinggian tersebut tidak mempunyai pengaruh ke atas keupayaan peluru berpandu permukaan-ke-udara untuk mensasarkan kapal terbang.

Pesawat Pecah

Melalui paparan video, artikel dan orang tempatan, bahagian-bahagian kapal terbang MH17 jatuh dari udara dan sesetengah bangkai pesawat dan manusia jatuh ke atas rumah dan taman pada kira-kira 16.30 masa tempatan (15.30 CET).

Baca: Gempar MH17 Ditembak Jatuh Di Ukraine

Selepas kesan impak awal misil, pesawat tersebut telah dikenalpasti berpecah kepada beberapa bahagian dan jatuh di 6 kawasan yang berbeza dalam lingkungan 50 kilometer persegi. Majoriti bahagian bangkai pesawat ditemui di tiga kawasan iaitu di bahagian selatan-barat kampung Hrabove.

Terdapat pemisahan hampir serta-merta kokpit dari bahagian hadapan badan pesawat apabila serpihan pra-terbentuk menembusi kokpit. Kokpit mendarat 2.3 kilometer dari kedudukan terakhir yang dirakam pada Perakam Data Penerbangan.

Pada dalam masa yang sama, pesawat tanpa bahagian hadapannya terus terbang di sepanjang laluan penerbangan yang tidak dapat ditentukan selama kira-kira 8.5 kilometer ke timur sebelum ia berpecah lagi. Bahagian tengah masih di udara sewaktu bahagian belakang badan pesawat terpisah. Akhirnya, pesawat bahagian tengah mendarat terbalik.

Sebahagian daripada bangkai terbakar dan ada juga bahagian pesawat yang tidak dapat diperolehi kerana faktor lokasi atau ia telah tiada di kawasan tersebut.

Masa antara permulaan perpecahan dan kesan hingga cecah tanah tidak dapat ditentukan dengan tepat, tetapi bahagian-bahagian tengah dan belakang kapal terbang itu dianggarkan telah mengambil kira-kira 1 minit hingga 1.5 minit untuk sampai ke tanah. Lain-lain bahagian yang lebih ringan akan mengambil masa lebih lama daripada itu.

Tonton rakaman ekstrim tragedi MH17 di sini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram