Selepas MH370 hilang tanpa dikesan, Malaysia digemparkan dengan sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang jatuh di kawasan negara Ukraine pada 17 Julai 2014. Pesawat MH17 tersebut dalam perjalanan dari Amsterdam, Netherlands ke Kuala Lumpur, Malaysia.

Terkini: Ngeri MH17 Masih Di Udara Sewaktu Kokpit Terpisah Daripada Kapal Terbang

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

MH17 merupakan sebuah kapal terbang komersil model Boeing 777-200 dengan nombor pendaftaran 9M-MRD milik MAS telah dikendalikan oleh anak-anak kapal yang berwibawa dan berkelayakan.

Saat Nahas MH17 Berlaku

MH17 terbang berdekatan sempadan Ukraine/Rusia pada ketinggian 33,000 kaki, di bawah kawalan Kawalan Trafik Udara Ukraine.

Pada 13.20:30 jam (15.20:30 CET) kepala peledak diletupkan di luar dan di atas sebelah kiri kokpit penerbangan MH17. Ia adalah kepala peledak 9N314M yang dibawa di atas peluru berpandu siri 9M38 yang dilancarkan dari Buk, sistem peluru berpandu permukaan-ke-udara.

Baca: Gempar MH17 Ditembak Jatuh Di Ukraine

Impak letupan tersebut telah membunuh tiga orang serta-merta di dalam kokpit dan menyebabkan kerosakan struktur yang telah mendorong bahagian-bahagian kapal terbang retak dan pecah di udara.

Perpecahan bahagian kapal terbang telah menyebabkan kawasan bangkai kapal terbang dan isi-isinya bertebaran meliputi 50 kilometer persegi di antara kampung Petropavlivka dan pekan Hrabove, Ukraine.

Nahas itu telah menyebabkan kesemua penghuni MH17 seramai 298 orang kehilangan nyawa pada hari kejadian tersebut.

Lain-lain Faktor Punca Nahas Dipertimbangkan Dan Ditolak Kebarangkaliannya

Walaupun pihak penyiasatan telah mempertimbangkan sebab-sebab lain terjadinya nahas ini, hanya letupan dari luar oleh misil ini menepati dan konsisten dengan bukti-bukti yang ditinggalkan di badan dan kerangka MH17.

Antara kebarangkalian yang telah dipertimbangkan ialah:

    • Faktor semulajadi

Walaupun ada berlaku ribut kilat di kawasan di mana ia nahas, tiada bukti menunjukkan bangkai atau data direkodkan disebabkan oleh panahan kilat. Bentuk kerosakan pada kapal terbang menunjukkan tiada serangan meteor berlaku ke atasnya. Manakala, data Aerospace Corporation menunjukkan tiada debu-debu angkasa lepas memasuki kawasan atmospfera antara 10 dan 19 Julai 2014.

Maka, faktor semulajadi seperti panahan petir, meteor dan debu angkasa lepas bukan punca MH17 retak dan pecah serta terhempas di kawasan Ukraine.

    • Kemungkinan punca dalaman

Tangki minyak kapal terbang tidak menyebabkan kapal terbang meletup atau terbakar sehingga jatuh terjunam ke bumi. Api yang besar di darat menunjukkan tangki minyak kapal terbang masih dalam keadaan baik dan masih mempunyai kuantiti minyak yang banyak untuk menghasilkan api sebesar itu.

Kerosakan bahagian-bahagian enjin juga tidak menyebabkan bentuk lubang tebuk. Di samping itu, sekiranya berlaku kegagalan enjin yang berleluasa ia tidak akan merosakkan kokpit. Ini kerana kerosakan fiuslaj akan terhad kepada kawasan bersebelahan dengan enjin sahaja.

Letupan di kabin atau bahagian bagasi ditolak kerana bentuk kerosakan yang ditemui di bangkai MH17 tidak menunjukkan berlakunya kesan letupan dalaman.

Misil, Faktor Luaran Penyebab Nahas MH17

Beratus-ratus lubang dan tanda memantul yang diperhatikan pada fiuslaj hadapan dan dalam kokpit menunjukkan terdapat pelbagai impak dari lebih 800 objek bertenaga tinggi dari luar ke arah kapal terbang terutama di kawasan umum di sebelah kiri, dan ke atas, kokpit.

Objek bertenaga tinggi yang melanda di luar pesawat tersebut adalah tertumpu sekitar bahagian kiri badan pesawat bermula bersebelahan dengan kokpit tingkap 2 dan 3.

Bahagian dalam kokpit, termasuk belah kiri kerusi kokpit, menunjukkan bukti perpecahan besar-besaran, penghancuran yang dahsyat dan mempunyai berpuluh-puluh lubang penembusan.

Kepadatan penembusan objek berkurangan di kawasan ke arah belakang dan ia berakhir di depan pintu penumpang sebelah kiri, pintu 1L. Ketumpatan paling tinggi ialah kira-kira 250 kesan bagi satu meter persegi.

Bukti kerosakan letupan telah ditemui di sekitar kokpit dalam bentuk bopeng dan jelaga. Beberapa panel fiuslaj hadapan menunjukkan bentuk berubah akibat letupan itu.

Bahagian kanan. Kredit: mmc-news.com
Bahagian kanan. Kredit: mmc-news.com

MH17 Terbang Di Atas Zon Konflik

Pada hari kejadian, krew penerbangan mengikuti pelan perjalanan yang telah dibenarkan seperti berikut:

Pihak-pihak penerbangan yang terlibat tidak cukup mengenalpasti risiko membenarkan penerbangan awam melalui kawasan konflik bersenjata di bahagian timur Ukraine.

Pihak berkuasa Ukraine melaporkan kapal terbang tentera telah ditembak jatuh pada 14 dan 16 Julai, dan mereka turut menyatakan sistem senjata dapat mencapai altitude ketinggian yang biasa digunakan oleh pesawat awam. Ini memberikan sebab yang kukuh untuk menutup ruang udara di atas bahagian timur Ukraine untuk penerbangan awam sebagai langkah berjaga-jaga.

Tonton: Rakaman Ekstrim Tragedi MH17 .

Tetapi, pihak lain yang terlibat seperti operator penerbangan di negara ia beroperasi dan pihak ketiga seperti ICAO tidak dapat mengenalpasti potensi risiko tersebut.

ICAO tidak meminta pihak berkuasa Ukraine tentang pengurusan ruang udara dan tidak menawarkan apa-apa bantuan sewaktu tempoh berlakunya konflik di bahagian timur Ukraine.

Ini menyebabkan operator penerbangan termasuk MAS menganggap ruang udara Ukraine adalah selamat berikutan tiada apa-apa amaran spesifik dikeluarkan kepada penerbangan awam semasa tempoh di mana konflik Ukraine telah berkembang ke ruang udara. Dilaporkan 160 penerbangan awam melalui kawasan timur Ukraine pada hari kejadian tersebut dan ia hanya ditutup selepas nahas MH17.

Tanggungjawab sistem sedia ada untuk memastikan keselamatan penerbangan awam tidak menyediakan maklumat yang cukup untuk akses risiko di kawasan-kawasan konflik. Penilaian risiko bagi penerbangan awam menggunakan ruang udara kawasan konflik sepatutnya bukan sahaja perlu mengambil kira ancaman sebenar tetapi juga harus merangkumi risiko di mana niat atau keupayaan pihak-pihak berkonflik yang tidak dikenalpasti turut dinilai.

Salah Siapa?

Dutch Safety Board mengumumkan keputusan penyiasatan akhir MH17 pada Selasa lalu bersama-sama laporan penuh dalam bentuk PDF menyatakan nahas MH17 kerana misil BUK buatan Rusia yang dilancarkan di dalam kawasan Ukraine tetapi tidak menamakan siapa yang bertanggungjawab ke atas nahas tersebut dan tidak menyatakan dengan spesifik siapakah yang melancarkan misil tersebut.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram