Seorang lagi duta Nike digugurkan dari tajaan syarikat itu. Bintang tenis terkemuka dunia, Maria Sharapova baru-baru ini mengakui bahawa beliau mengambil ubat terlarang ketika beliau gagal ujian doping pada kejohanan Terbuka Australia Januari lalu.

“Saya mengaku saya bersalah dan sedia bertanggungjawab sepenuhnya atas perkara ini,” kata Sharapova yang kini berada di tangga ke-7 dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

sharapova 1

Sharapova mengakui mengambil ‘meldonium’ sejak tahun 2006 atas nasihat doktornya. Maria Sharapova adalah antara atlet wanita dengan pendapatan tertinggi di mana beliau membuat lebih USD30 juta tahun lalu hasil kutipan kejohanan dan tajaan.

Selain Nike, penaja Sharapova yang lain; Porsche dan Tag Heuer juga dalam kenyataan akan menggantung aktivi promosi yang dijadualkan untuk Sharapova. Tiga lagi penaja besar Sharapova, Avon, Luck dan Evian tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan status tajaan mereka kepada Sharapova.

Pada tahun 2010, Sharapova menyambung kontraknya dengan Nike selama 8 tahun dengan nilai tajaan USD70 juta. Namun, dengan perkembangan terbaru ini, Nike telah membatalkan kontraknya dengan Sharapova. Hubungan Sharapova dengan Nike bermula sejak usianya 11 tahun lagi.

‘Meldonium’ yang diambil oleh Sharapova adalah ubat penyakit angina (sakit dada) tetapi atlet sering menggunakannya untuk menambah ketahanan dan abiliti untuk pulih dari latihan yang intensif.

All the best untuk Maria Sharapova. Moga beliau tidak mengundur diri dari bermain tenis selepas peristiwa ini.

Baca : Nike Tarik Balik Tajaan Petinju Ini Kerana Komennya Terhadap LGBT

Sumber