Masih ingat dengan filem The Fast and The Furious: Tokyo Drift? Jika ya anda pasti mengingati kereta kereta drift yang diguna pakai dalam filem tersebut. Antara yang menjadi perhatian ialah Nissan 350Z yang diguna pakai oleh Takashi (Drift King) dalam filem itu. Kini drift machine itu dijual pada harga £149,995 (RM903,282)!

Baca: Gaya Pemanduan Gadis Skema Ini Ala Fast And Furious

Cheshire Classic Cars menjadi pihak yang bertanggungjawab menjual Nissan 350Z 2012 tersebut. 350Z ialah kereta performance sebenar yang dituned oleh Veilside untuk filem tersebut. Ia hadir dengan APS twin turbocharged yang mampu menjana kuasa 280 hingga 430hp dengan 583Nm torque dengan plate clutch berkembar NISMO.

Bahagian luar kereta ini masih lengkap dengan Wide Bodykit Veilside V3 dan decal asal. Bahagian dalam pula dilengkapi dengan tempat duduk sports bucket dan steering Sparco. Nissan 350Z ini di setting untuk kegunaan drift dan pembeli boleh mengubah kepada spesifikasi asal.

Dengan harga hampir RM1juta, anda boleh memiliki kereta drift yang mempunyai mileage hanya 9,800km. Selain itu, kereta ini didatangkan dengan dokumen lengkap untuk bukti keasliannya dan boleh digunakan untuk kegunaan atas jalan raya.

nissan-350z-2

nissan-350z-3

nissan-350z-4

nissan-350z-5

nissan-350z-6

nissan-350z-7

nissan-350z-8

nissan-350z-9

nissan-350z-10

nissan-350z-11

nissan-350z-12

nissan-350z-13

nissan-350z-14

nissan-350z-15

Baca: Ini Punca Watak Brian O’Conner Tidak Dimatikan Di Dalam Furious 7

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group