Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Umum diketahui semua, Proton bukan sahaja menjual kenderaan di dalam Malaysia  bahkan turut mengeksport ke beberapa buah negara luar. Ini termasuklah beberapa varian model Proton Saga dan Saga R3 Edisi Khas yang baru dilancarkan di negara Pakistan dalam bulan ini.

Terbaharu, sebuah Facebook Pages automotif di Pakistan telah memuatnaik beberapa keping gambar menunjukkan keadaan Proton Saga dan Toyota Passo selepas terlibat dalam satu kemalangan di Lahore, Pakistan.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

An accident happened between Proton SAGA & Toyota Passo on Main Jail Road, Lahore 🇵🇰📸: Muhammad Umer

Posted by Cars' Enthusiasts-Pakistan on Monday, April 26, 2021

Pada bahagian bonet belakang Proton Saga kelihatan tidak berapa teruk rosaknya jika dibandingkan dengan bahagian hadapan Toyota Passo yang melanggarnya.

Rata-rata pengguna Facebook dariapda Pakistan menghantar beberapa komen dengan perasan kagum setelah melihat ketahanan badan kereta Proton Saga tersebut.

vocket-proton-saga-pakistan-1

Sumber Gambar: Facebook Car’s Enthusiasts Pakistan

vocket-proton-saga-pakistan-2

Sumber Gambar: Facebook Car’s Enthusiasts Pakistan

vocket-proton-saga-pakistan-3

Sumber Gambar: Facebook Car’s Enthusiasts Pakistan

vocket-proton-saga-pakistan-4

Sumber Gambar: Facebook Car’s Enthusiasts Pakistan

Tidak kurang juga ada orang Malaysia turut bergurau senda dengan menyamakan Toyota Passo yang terlibat dalam situasi kemalangan sama seperti Perodua Myvi di negara kita.

vocket-proton-saga-pakistan-6

Sumber Gambar: Facebook Car’s Enthusiasts Pakistan

vocket-proton-saga-pakistan-5

Sumber Gambar: Facebook Car’s Enthusiasts Pakistan

vocket-proton-saga-pakistan-7

Sumber Gambar: Facebook Car’s Enthusiasts Pakistan

vocket-proton-saga-pakistan-8

Sumber Gambar: Facebook Car’s Enthusiasts Pakistan

Jika dilihat komen-komen pengguna media sosial di Pakistan, majoriti mereka berpuas hati dan memberi pujian terhadap ketahanan model Proton Saga yang diimport masuk ke dalam negara mereka.

Pada masa yang sama, siapa sangka model kereta Toyota Passo di negara tersebut juga suka ‘menyondol’ kenderaan lain sama seperti Perodua Myvi di negara kita ini.

Pada awal bulan April lalu, Proton Pakistan telah pun melancarkan beberapa varian model Proton Saga dan Saga R3 transmisi manual di negara tersebut.

Proton Saga R3 Masuk Pasaran Pakistan, Model Manual Dijual Pada Harga RM65,925

Proton Saga Masuk Pasaran Nepal, Dijual Pada Harga Bermula RM122,700

Proton Lancar 4 Model Edisi Terhad, Harga Bermula RM42,300

Anda Mungkin Suka