Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pernahkan anda berhadapan dengan harga makanan yang tidak masuk akal? Atau di luar kebiasan? Atau lebih tepat lagi harga yang mencekik darah. Seperti kes ikan siakap yang pernah tular baru-baru ini, kejadian sama turut berlaku di negara jiran kita, Singapura. Namun isunya bukanlah ikan, tetapi semangkuk nasi putih.

Baru-baru ini pengguna media sosial dikejutkan dengan rasa tidak percaya dengan harga semangkuk nasi di sebuah hotel mewah di Singapura yang didakwa tidak masuk akal.

Ia dibongkarkan oleh seorang pengguna TikTok yang menginap di suite presiden hotel Marina Bay Sands (MBS), di mana dia menerima bil hampir S$19.00 atau sekitar  RM58.53 untuk dua mangkuk kecil nasi putih.

Video resit menunjukkan bahawa setiap mangkuk berharga S$8.00 atau RM24.64 setiap satu, ditambah S$3.00 (RM9.24) untuk caj perkhidmatan dan cukai. “Semangkuk kecil nasi putih yang paling mahal,” kata pengguna itu.

@richlife1688

Most expensive small bowl of white rice

♬ You Know Who Is My Father? – 黃明志

Video itu telah menerima lebih daripada 300,000 tontonan dan hampir 7,000 komen – kebanyakannya daripada orang ramai yang menyatakan rasa terkejut dengan harga beras tersebut.

“Beras MBS diperbuat daripada emas,” kata seorang pengguna. Manakala seorang lagi menyifatkan ia sebagai “rompakan”. Seorang pengguna menjelaskan dengan sinis kenapa ia dijual pada harga yang mahal, “Mereka memasak [nasi] sebiji demi sebiji kemudian mengumpulnya ke dalam dua mangkuk untuk dihidangkan kepada anda… itu sebabnya hargnya S$8 setiap mangkuk.”

MBS bukan satu-satunya hotel yang menghadapi kritikan terhadap harga makanan. Baru-baru ini perkongsian seorang individu menjadi bualan netizen apabila mendakwa harga ikan siakap dipesannya mahal di sebuah restoran di Langkawi. Menerusi perkongsian tersebut, harga yang perlu dibayarnya untuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram itu berharga RM1,196.80.

Manakala pemilik restoran stik, Salt Bae juga telah mendominasi tajuk utama dalam beberapa minggu ini selepas restorannya di London mengenakan bayaran RM50.00 kepada pelanggan untuk satu hidangan minuman Coke.

‘Pelanggan yang mahu siakap iti’ – pemilik restoran jawab dakwaan isu harga ikan berharga RM1,196. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Pelanggan Yang Mahu Siakap Itu’- Pemilik Restoran Jawab Dakwaan Isu Harga Ikan Berharga RM1,196

Wagyu Tomahawk Bersalut Emas Berharga RM6,888 Raih Perhatian Netizen

Putera Mahkota Saudi Kena ‘Main’, Beli Lukisan Palsu Dipercayai Milik da Vinci Pada Harga RM2 Bilion

Anda Mungkin Suka