Boleh dikatakan hampir setiap bulan, pasti ada kereta Myvi akan buat sehingga meraih perhatian satu Malaysia. Bulan Mac lalu, sebuah kereta Myvi berwarna putih ditemui ‘terbang’ melepasi longkang besar di Jalan Indah Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri Johor Bahru.

Lewat petang semalam pula, pengguna jalan raya di bersebelahan kem askar Jalan Genting Klang menjadi saksi apabila melihat sebuah lagi Myvi berwarna putih ‘terbang’ dan tersangkut pada tebing bukit yang berada di tepi jalan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@tankeryrvoverboost

Baru jadi 25minit td….depan mata tgk die naik atas tu😂,sempat pegang kete die,suruh keluar dlu…takut jatuh je…mangsa selamat xde pape….

♬ original sound – tankeryrvoverboost – tankeryrvoverboost

Video pendek yang berdurasi hampir 30 saat itu telah menarik perhatian orang ramai bukan sahaja yang berada di tempat kejadian, bahkan pengguna internet yang berkongsi sesama sendiri melalui media sosial masing-masing.

Seribu satu perasan timbul dikalangan warganet setelah menonton video tersebut, ada yang geli hati, terkejut, berasa kagum keupayaan Myvi tersebut dan risau dengan keadaan pemandu yang ada di dalam keretanya.

Menurut pemilik TikTok yang memuat naik video tersebut, dia sempat menyaksikan bagaimana kereta Myvi tersebut terbabas di kiri jalan lalu tersangkut di atas tebing bukit berhampiran.

Tambahnya lagi, dia bersama-sama orang awam lain sempat memegang pintu tersebut untuk memastikan kereta tidak terjatuh semasa mangsa keluar daripada Myvi itu.

Sumber Gambar: TikTok @tankeryrvoverboost
Sumber Gambar: TikTok @tankeryrvoverboost
Sumber Gambar: TikTok @tankeryrvoverboost
Sumber Gambar: TikTok @tankeryrvoverboost

Dalam satu video yang lain pula, walaupun keadaan sudah gelap malam, namun masih kelihatan barisan panjang kereta diletakkan di tepi jalan kerana orang ramai mengerumuni untuk melihat Myvi yang tersangkut di tebing bukit itu lebih dekat lagi.

“Semua orang duduk termenung ini, macam mana kereta itu boleh naik atas bukit. Memang power,” kata lelaki di dalam video yang sedang melepasi kawasan kejadian tersebut.

Sebelum ini sebuah Myvi dijumpai berada di seberang jalan dipercayai terbang untuk mengelakkan kereta tersebut terjunam masuk ke dalam longkang besar. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah. 

Myvi ‘Terbang’ Elak Terjunam Dalam Longkang Besar Raih Perhatian Netizen

Celoteh Wanita Ini Ketika Rakam Insiden Myvi Langgar Myvi Buat Netizen Terhibur

Netizen Kagum Keupayaan ‘Off-Road’ Myvi Dibuat Masuk Kebun Durian

Sumber